Saturday, 14 February 2015

Projek Sabtu


Pagi Jumaat,

Mereka kata nak datang hari sabtu nak cat kelas...aku kata ok.
Mereka kata nak cat warna biru muda. Aku kata ok...korang yang nak dok dalam kelas...

PK HEM kata boleh datang sekolah time cuti...tapi cikgu kelas kena ada..Aku kata omg...tapi demi anak-anak didikku yang tersayang aku relakan jua.

Pengetua pulak kata boleh datang tapi dengan syarat kena bagi nama pelajar yang nak datang...kat guard pun kena bagi...kalu tak bagi nama nanti guard tak bagi masuk....aku kata ok.

Pagi Sabtu...

Aku pun datang la ke sekolah seperti time yang dijanjikan dengan pelajar-pelajarku.

Masuk jer pintu pagar...guard dah tahan..tanya cikgu kelas mana? Hohoho...mujur bagi nama kalau tak dengan aku tak leh masuk. Dia kata dah banyak orang dia halau balik...betul-betul ikut arahan Pengetua.

Melangkah masuk ke kelas...kejutan lagi. Diorang siap bawak makanan dan minuman...cam buat jamuan la pulak. Ada bihun Singapore, kek, muffin, keropok, air oren dan anggur. Bagus betul la depa ni...

Sekali lagi aku terkejut...warna cat yang mereka nak pada asalnya biru telah bertukar kepada hijau dan pink....alahaai lah...aku turutkan jela...

Apa-apa pun aku puji dengan sikap kerjasama, ringan tulang, bersabar dan gila-gila mereka semua...walau mulut asyik bersembang tapi kerja mereka jalan...

Ammar tukang ukur dan potong pelapik meja

Amirul tukang cat yang pemalu

Firdaus men in black

Shafizah dan Zulaikha tukang balut meja

Intan mastermind pink

Aidil...mastermind hijau

Venieshaa...mastermind keceriaan kelas

Komited...305
Bihun dan muffin...yang lain lupa nk snap


Terima kasih pelajar-pelajarku....Saya sayang kamu semua...




Friday, 13 February 2015

Menu diet...




Entri bukan main lagi...menu diet ler konon...tapi aku bukan diet pun hahaha....

Cuma malam ni tekak ni nak makan style western food plak dah.
Daging tu part batang pinang...kejap jer kalau masak. So tuk menambah rasa aku perap dengan black pepper, sikit minyak dan garam. Pastu perap 1/2 jam. Kalau lebih lama daging tu di perap lagi la terasa perapan tu. Pastu grill dalam non stick pan jer.

Roti plak...boleh guna apa saja jenis roti. Nak guna roti benggali pun takpa. Roti aku ni jenis french milk bread..aku beli kat Aeon. Sedap tau bila makan terasa susu dan sangat lembut. Roti ni aku grill jugak tapi aku tak bubuh pun minyak..griil kosong.

Salad plak campuran pelbagai jenis salad...ada lettuce, salad rosso, butterhead dan rocket. Salad ni aku tambah tomato ceri. Nak crunchy aku bubuh kacang tanah..bila makan tu terasa la kerangupannya.

Untuk salad dressing aku guna instant vinaigrette  dressing...tak payah susah-susah nak buat...terus tabur kat salad dan gaul. Salad dressing seeloknya ditabur bila kita dah nak makan. Kalau tabur awal nanti layu la salad korang....takda lagi rasa rangup dan fresh.

Thursday, 12 February 2015

Kuasa buah-buahan

Sapa kat sini yang tak suka makan buah.....angkat tangan....
Anda patut fikir kembali.....

Buah-buahan kaya dengan vitamin C serta mengandungi serat yang sangat bermanfaat untuk kita. Malah buah-buahan yang kita makan tu juga mengandungi bahan atioksidan semulajadi yang membantu sel-sel kulit kita kelihatan cantik, bermaya dan yang paling penting awet muda.

Selain itu, buah-buahan juga membantu tubuh badan kita mencegah sesuatu penyakit berbahaya seperti penyakit kanser. Korang baca la gambar kat bawah ni..nanti korang faham apa yang aku maksudkan....


So...macam mana? dah ubah fikiran ke belum? Terpulanglah pada diri sendiri.

Tepuk dada, tanya selera.

Adios




Wednesday, 11 February 2015

Suatu Hari Di Sekolah

Bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu depan,  sekolah aku telah mengadakan sambutan perayaan tersebut di sekolah? Majlis ni dirasmikan oleh Pengetua.



Zodiak untuk perayaan Tahun Baru Cina tahun ni ialah kambing..cuba korang tengok kreatif tak pelajar kami yang buat maskot ni. Yang bestnyer, pelajar yang pakai maskot tu...sangat la sporting. Abis dia jelajah kat tapak perhimpunan.



Meriah sangat dengan kehadiran naga-naga yang dibawakan khas untuk pertunjukan kepada semua warga sekolah. Semua excited nak tengok persembahan tu. Termasuklah aku..hihihi.



Sambil tengok persembahan semua guru dan pelajar mendapat buah tangan...ada limau mandarin, gula-gula, air kotak. Semua happy...yeaaa..



Pas dihidangkan pula cheese cake yang tersangatlah sedap. 



Itulah kisah kami di sekolah  hari ni....


P/s : semua gambar ni ihsan dari Galeri Media SDI.

Tuesday, 10 February 2015

Kerabu paku rawan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Baru hari ni sempat nak update blog ni...sibuk je sejak akhir-akhir-akhir ni.

Entri hari ni pasal masak-masak yer...kerabu paku rawan. paku rawan ni aku beli kat pasar malam..seikat RM1.00. Ada ada dalam secekak.




Kerabu paku rawan

1       ikat                   pucuk paku rawan *
1/2    mangkuk         udang *
1/2    mangkuk         tauge *
              * celur dan toskan
1        biji                    bawang besar -hiris
1        biji                    cili merah  #
4        biji                    cili padi #
1        biji                     jus  limau kasturi
1/2     inci belacan #
             Bahan bertanda # ditumbuk
1         sudu teh           kerisek
2         camca besar    beras - goreng tanpa minyak dan tumbuk
                                      sikit garam

1. Gaulkan semua bahan diatas. Sedia dihidang.



Wednesday, 4 February 2015

Rose Miniku...




Rose mini ni...dah dekat 2 tahun aku tanam. Rose mini ni datang dari Cameron Highlands....tapi aku beli kat Giant Bayan Baru. Rose mini ni juga sangat rajin berbunga walaupun aku sering abaikan.Bubuh baja pun bila aku cuti panjang jer. Siram pun mengharapkan limpahan air hujan jer..kadang-kadang ayah aku siram tu pun time dia sihat la..kecian kan rose aku ni.

Rose ni pun pernah hampir mati masa cuaca panas berpanjangan tahun lepas...tapi syukur la still hidup lagi. Sekarang ni aku dah bawak  balik rose ni kat Perak. Moga dia terus hidup dan menguntum bunga yang cantik untuk tatapanku..




Tuesday, 3 February 2015

Sambal Goreng Pengantin Terlajak Laris



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dari malam sampai la ke siang hari...aku masih belum dapat berfikir apa yang nak aku masak...buku resepi abis aku tengok tapi tak ada satu pun yang menarik perhatian aku. Apa lagi...aku pun selongkar la peti ais, tengok apa yang ada. Tersenyum-senyum aku bila tengok ada daging, hati dan paru dalam peti ais. Bahan-bahan pun cukup untuk aku masak sambal goreng pengantin. Dah lama aku amik resepi ni cuma belum berkesempatan untuk aku masak.

Semua berpunca dari sambal goreng kak Ogy Dato Ahmad Daud...tengok sedap jer. Aku pun cari la resepi dari cik google.
Dah jumpa tapi aku lupa nak catat nama empunya resepi ni... harap dia halalkanlah yer...apa pun sambal goreng ni kena pada selera aku...memang sedap tahap melampau bagi aku yang first time masak resepi ni...

Sambal goreng pengantin

300 g daging
300 g paru
300 g hati
300 g udang
2 cwn air rebusan daging
1 inci belacan
1/2 cwn belacan
1/2 cwn cili kisar
1/2 cwn air asam jawa
1/2 cwn bawang goreng

Bahan hiris :
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
3 btg serai

1. Daging, paru dan hati direbus hingga empuk. Kemudian hiris       dan goreng hingga sikit garing.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris hingga layu.
3. Kemudian masukkan cili kisar, belacan dan air asam jawa.
4.masukkan hati, daging dan paru. Gaul sebati.
5. Masukkan santan,garam dan gula. Kacau hingga sebati. 
6. Tambahkan udang.  Biar hingga kuah pekat/ kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang goreng. Gaulkan dan angkat.