Friday, 13 February 2015
Menu diet...
Entri bukan main lagi...menu diet ler konon...tapi aku bukan diet pun hahaha....
Cuma malam ni tekak ni nak makan style western food plak dah.
Daging tu part batang pinang...kejap jer kalau masak. So tuk menambah rasa aku perap dengan black pepper, sikit minyak dan garam. Pastu perap 1/2 jam. Kalau lebih lama daging tu di perap lagi la terasa perapan tu. Pastu grill dalam non stick pan jer.
Roti plak...boleh guna apa saja jenis roti. Nak guna roti benggali pun takpa. Roti aku ni jenis french milk bread..aku beli kat Aeon. Sedap tau bila makan terasa susu dan sangat lembut. Roti ni aku grill jugak tapi aku tak bubuh pun minyak..griil kosong.
Salad plak campuran pelbagai jenis salad...ada lettuce, salad rosso, butterhead dan rocket. Salad ni aku tambah tomato ceri. Nak crunchy aku bubuh kacang tanah..bila makan tu terasa la kerangupannya.
Untuk salad dressing aku guna instant vinaigrette dressing...tak payah susah-susah nak buat...terus tabur kat salad dan gaul. Salad dressing seeloknya ditabur bila kita dah nak makan. Kalau tabur awal nanti layu la salad korang....takda lagi rasa rangup dan fresh.
Labels:
Daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment