Sunday, 5 April 2015

Daun senohom...

Daun senohom...mungkin hanya orang utara kot jer yang tau...tapi kalau aku kata daun kesum...mesti ramai yang tau...sila angkat tangan...

Daun senohom ni aku beli masa nak buat laksa 2 bulan yang lalu. Aku amik daun jer...batangnyer aku cucuk kat tanah...ehh hidup dengan bahagianyer..



Aku tanam dalam botol mineral recycle....aku guna kaedah self watering so pokok ni tak terputus bekalan air..pokok ni kan kuat minum air..

Jadi lepas ni kalau nak masak laksa ke asam pedas ke...aku tak risau dah sebab pokoknya ada kat balcony garden aku...alhmdulillah atas rezeki dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment