Thursday, 19 May 2016

Masak kicap ikan simple



Menu simple untuk buka puasa hari ini. Masak kicap ikan dengan sup sayur jer. Aku bangun petang pun dah lewat nilah kejadiannya.

4 ekor ikan kembung - goreng dan ketepikan
1/2 biji bawang besar
 2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 camca kecil sos tiram
1 biji tomato - belah 6
Sedikit air
Sedikit minyak

Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan halia yang telah siap dihiris. Bila dah naik bau masukkan sedikit air, sos tiram dan kicap. Biar mendidih. Kemudian masukkan ikan dan tomato. Gaul rata dan angkat untuk dihidang.

Wednesday, 18 May 2016

Udang goreng kunyit bersayur campur




Menu berbuka puasa ni 2 dalam satu. Udang goreng kunyit campur dengan sayur campar. Dapat protein dan juga sayur. Simple dimple jer menu...

Resepi

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
8 ekor udang
1/2 camca sos tiram
Sedikit serhuk kunyit
Sayur : carrot, kacang buncis, bunga kobis - hiris

Bawanh besar, bawang putih dan halia blend kasi halus. Pastu tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau. Kemudian masukkan carrot dan bunga kobis. Gaul rata dan biar seketika. Kemudian masukkan udang dan kacang buncis, serta serta kunyit dan sos tiram. Gaul sampai udang masak. Kemudian sedia untuk dimakan

Balcony garden

Bunga ros kembang lagi...memberikan seri di laman balcony garden.




Monday, 16 May 2016

Lamb grill




Lamb grill ni aku masak disebabkan teringin buat homecook grill.

Aku beli tiga slice daging kambing ni harga dalam Rm13. Tak pasti la mahal ke tak.

Bahan perapan yang aku guna sangatlah simple. Hanyalah sedikit black pepper yang ditumbuk. 2 ulas bawang putih yang diketuk, sedikit minyak zaitun dan sedikit cincangan daun rosemary. Semua bahan ni aku sapu kat daging kambing dan biarkan semalaman di dalam peti ais.

Aku grill atas non stick pan jer...tak perlu letak minyak lagi sebab masa perap kan dah letak minyak zaitun. Jadi panggang jela sampai tahap masak yang macam mana yang dimahukan.

 Daun rosemary tu aku ambil dari pokok yang aku tanam beberapa tahun yang lalu. Tanam bertahun dan inilah pertama kali aku guna daunnya untuk masakan.

Hidangan lamb grill ni aku sediakan sekali dengan black pepper sauce, coselaw dan fries. Tapi lupa nak amik gambar.

Black pepper sauce

1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil stok ayam maggi
1 sudu kecil tepung jagung - bancu dengan sedikit air
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
Sedikit garam jika perlu
Sedikit air

Panaskan sedikit minyak. Sautekan bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan air, sos tomato, kicap pekat, kicap manis, stok ayam dan lada hitam. Masak hingga mendidih. Kemudian tambahkan bancuhan tepung jagung. Biarkan kuah tu pekat. Last baru masukkan garam sekiranya perlu.

Caselaw

Carrot dan kobis - hiris halus
Mayonis secukupnya
Sedikit black peper

Gaulkan semua bahan di atas. Pastu boleh makan terus atau disimpan dalam peti ais.


Saturday, 14 May 2016

Gulai munggai

Tuan tanah blog ni tiba2 jer rasa malas nk menulis...haha. Sebab tu la lama menghilangkan diri...berbulan- bulan.

Tapi hari rajin sikit sambil tu selak- selak la balik blog ni kot- kot dah bersarang kan...mujur la tak jumpa sang labah2 membuat sarang...

Resepi of the day yang aku masak. Lama kot tak makan dan tak masak gulai munggai ni..dulu masa mak aku ada rajin la dia masak.

Buah munggai tu aku amik masa balik penang. Ada pun 4 batang ja ataih pokok. Apa lagi rezeki dah dok depan mata..apa lagi tunggu...rembat la.

Dah balik perak baru boleh masak dan makan dengan syioknyer..


Bahan-bahan
4 batang munggai- buang kulit dan kerat
1 bungkus rempah kari daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
   Kacang parpu @ dhal secukupnya- rendam dan rebus
    Sedikit halba campur
     Telur
     Air secukupnya
     Santan, garam dan minyak

Mula -mula tu sediakan periuk. Pastu masukkan munggai, rempah kari dan sikit air. Jerang atas api sampai la munggai tu lembut.dah lembut tambah la air, santan dan kacang parpu. Masak smpai kuah sedikit pekat. Pastu pecah la telur. Dah pekat tu boleh la boh garam dan ketepikan.

Hat bawang2, halca campur dan daun kari untuk ditomeh darat. Digoreng sampai la kekuningan. Pastu tuang la bawang2 tu ke dalam periuk munggai tu sekali dengan minyak gorengannya.


Monday, 16 November 2015

Kangkung goreng belacan



Masak-masak membuatkan aku hepi. Tambah lagi bila masakan aku tu sedap dan mendapat pujian. Lagi la aku berkobar-kobar nak masak.

Kangkung aku beli kat pasar banyak la jugak.  Teringat resepi yang simple ni...simple memanb simple tapikan bila masak bau belacannya mengemboq satu rumah.


Bahan-bahan

1 cekak kangkung - potong ikut suka
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili  merah - hiris
Sedikit belacan
Sedikit garam


Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Kemudian masukkan belacan dan goreng hingga naik bau. Dah naik bau masukkan kangkung. Masak hingga kangkung masak. Taburkan sedikit garam jika perlu sebab belacan dah masin. Lepas tu boleh lah diangkat.




Sunday, 15 November 2015

Ikan siakap masak sos



Ikan bawal beli sekor. Sekor tu pun besar. Aku kerat 4. Untuk memudahkan kerja menggoreng dan membahagikan untuk makan lunch dan dinner.

Ikan bawal ni digandingkan pula dengan sayur kailan yang digoreng bersama carrot. Bertambah-tambah la aku makan.

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1  biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
4 ulas bawang merah -kisar
1/2 inci halia - kisar
10 biji cili kering - kisar
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 tangkai cili merah - hiris
1 biji tomato - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
Sedikit kunyit dan garam

Perapkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang-bawang yang dikisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Gorengkan hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan sedikit air, sos tomato dan sos tiram. Masak hingga kuah pekat. Masukkan ikan, daun bawang, bawang besar, tomato, cili merah. Gaul rata. Kemudian angkat.