Monday, 16 November 2015
Kangkung goreng belacan
Masak-masak membuatkan aku hepi. Tambah lagi bila masakan aku tu sedap dan mendapat pujian. Lagi la aku berkobar-kobar nak masak.
Kangkung aku beli kat pasar banyak la jugak. Teringat resepi yang simple ni...simple memanb simple tapikan bila masak bau belacannya mengemboq satu rumah.
Bahan-bahan
1 cekak kangkung - potong ikut suka
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
Sedikit belacan
Sedikit garam
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Kemudian masukkan belacan dan goreng hingga naik bau. Dah naik bau masukkan kangkung. Masak hingga kangkung masak. Taburkan sedikit garam jika perlu sebab belacan dah masin. Lepas tu boleh lah diangkat.
Sunday, 15 November 2015
Ikan siakap masak sos
Ikan bawal beli sekor. Sekor tu pun besar. Aku kerat 4. Untuk memudahkan kerja menggoreng dan membahagikan untuk makan lunch dan dinner.
Ikan bawal ni digandingkan pula dengan sayur kailan yang digoreng bersama carrot. Bertambah-tambah la aku makan.
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
4 ulas bawang merah -kisar
1/2 inci halia - kisar
10 biji cili kering - kisar
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 tangkai cili merah - hiris
1 biji tomato - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
Sedikit kunyit dan garam
Perapkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang-bawang yang dikisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Gorengkan hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan sedikit air, sos tomato dan sos tiram. Masak hingga kuah pekat. Masukkan ikan, daun bawang, bawang besar, tomato, cili merah. Gaul rata. Kemudian angkat.
Thursday, 5 November 2015
Mee kari
Masak mee kari ni sebab aku nak habiskan stok mee yang berbaki hari tu. Resepi pun simple jer... senang nak masak.
Ayam pulak aku guna ayam goreng jer...alasannya sebab aku taknak simpan stok ayam lagi. Cuti pun dah dekat.
Bahan yang diperlukan.... 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia. Bahan ni blend sampai halus. 2 tangkai daun kari, 1 keping asam gelugor/asam keping, rempah tumis, 1/2 biji tomato...daun saderi.
1/2 peket serbuk kari..bancuh dengan sikit air. 1 ketul ayam goreng, santan pekat 1 mangkuk kecil dan garam.
Ayam pulak aku guna ayam goreng jer...alasannya sebab aku taknak simpan stok ayam lagi. Cuti pun dah dekat.
Bahan yang diperlukan.... 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia. Bahan ni blend sampai halus. 2 tangkai daun kari, 1 keping asam gelugor/asam keping, rempah tumis, 1/2 biji tomato...daun saderi.
1/2 peket serbuk kari..bancuh dengan sikit air. 1 ketul ayam goreng, santan pekat 1 mangkuk kecil dan garam.
Sedikit sawi, tauge dan mee...mee lupa nak snap gambar. Celur semua bahan-bahan ni.
Cara-cara untuk memasak. Panaskan minyak secukupnya lepas tu tumiskan seketika rempah tumis sampai naik baunya. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan daun kari. Kacau sampai naik bau. Lepas tu masukkan rempah kari. Biarkan sampai pecah minyak. Seterusnya masukkan santan, ayam, asam keping dan garam. Biar sampai mendidih. Masukkan tomato dan jirisan daun saderi. Siap.
Nak hidang....masukkan sedikit mee dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan susun sawi serta tauge.
Wednesday, 4 November 2015
Penang char koay teow
Udang aku beli ni 1/2 kilo harganya RM 19.00. Udang tu ada besar ada jugam yang kecik.
Keterujaan melihat udang ni setelah aku membeli sos char koay teow. Botol sos ckt ni ada 2 jenis...yang kecil 350g manakala yang besar 500g. Aku beli botol kecil jer.
Kemudian kat rumah pulak aku ada tanam kucai. Petik jela dari balcony garden aku tu.
Tauge pulak tak sempat nak buat sendiri. Jadi kedai mari la. Sama la jugak dengan telur...koay teow.
Bahan-bahan yang lain ada kat rumah...
Bahan-bahan
1 genggam koay teow
Udang secukupnya
Sedikit tauge
Sedikit kucai
2 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar cili kering
6 sudu besar sos char koay teow
1 biji telur - kacau rata
1/2 cawan air
Sedikit minyak
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering. Masak hingga pecah minyak. Selepas tu masukkan air dan sos char koay teow. Biar sampai mendidih. Seterusnya masukkan koay teow, kucai dan telur. Biar sampai telur hampir masak. Kacau rata. Baru la masukkan tauge dan gaul sekejap. Siap
Nak masak char koay teow ni api dapur mesti besar. Baru la sedap....hokaaay
Monday, 2 November 2015
Udang masak merah
Jadi aku masak la udang masak merah ni resepi mak aku? Kuah tu aku bagi kering sikit. Kalau nak berkuah...lebihkan saja air.
Bahan-bahan
1/2 kilo udang
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
20 biji cili kering
Sedikit garam dam minyak
Mula-mula kisarkan semua bahan kecuali udang. Kemudian tumiskan bahan kisar hingga pecsh minyak. Seterusnya masukkan udang dan garam. Kacau hingga udang masak. Siap.
Subscribe to:
Posts (Atom)