Tuesday, 26 May 2015

Kari daging Penang mari...



Resepi ni resepi mak aku...Kari daging ni aku masak dalam kuantiti yang sikit jer. Cukup untuk sekali makan. Makan pun cicah dengan roti jer.

Sejak kebelakangan ni...badan aku asyik lesu aje. Tak tahulah sebab apa...adakah sebab cuaca sekarang yang mula berubah...panas dan kering. Balik kerja asyik nak tidur jer kerja aku hari-hari.Hmmm...bila dah bangun tidur tu mula la aku malas betul nak menyapu sampah, nak basuh baju pun malas jugak...Aduhai..
Masak...uihhh jangan  ak kata la...lagi aku malas nak fikir apa nak makan. Tapi masak tetap aku masak.

So...layan jela resepi ni

500 g  daging
3  bungkus rempah kari daging
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 biji kentang
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
1 mangkuk santan
2 biji cili hijau
1 biji tomato
1 bungkus kerisek
rempah tumis ( kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
sikit daun bawang, minyak dan garam

Mula-mula tu korang blender bawang besar sampai halus. Kemudian bahan kisar tu korang satukan dengan daging dan rempah kari serta kerisek. Kalau nampak pekat korang tambah la sikit air. Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis dalam 1 minit. kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris.Goreng hingga wangi. Lepas tu masukkan daun pandan, daun kari dan daging. Masak hingga daging empuk dan pecah minyak. Tambahkan ubi kentang dan santan. Biar sampai ubi kentang empuk baru ditambah cili hijau, tomato dan garam. Dah siap.

Sunday, 24 May 2015

Sambal udang petai

Udang besar  pemberian dari seorang kenalan. Besar udangnya..memandangkan stok petai masih ada. Aku berkenan sangat la untuk masak sambal udang petai. Feberet aku tu...

Petai tu aku ambil bijinya saja...biji pun kecik-kecik jer. Biji-biji petai tu aku rendam dengan air basuhan beras..tujuannya untuk mengurangkan bau petai tu...udang tu aku buang kepala dan tinggalkan bahagian ekor jer.



Gambar tu aku ambil dari dalam kuali. Sejurus lepas siap aku masak....hehehe.


Udang
2 papan petai
15 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
sikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
minyak

Mula-mula tu korang rendam cili kering sampai lembut. Apabila cili telah lembut, kisarkan bersama bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian panaskan minyak tumiskan bahan-bahan kisar sampai pecah minyak. lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula serta petai. Biar sampai kuah pekat...baru masukkan udang .Biar sampai udang masak dan kuah sambal sedikit pekat..dah siap.

Saturday, 23 May 2015

Sayur tak tau nama

Review hari tentang balcony garden aku lagi....




2 minggu lepas aku ada beli satu sayur ni...aku tak tahu nama apa. Naluri hati ni berkehendakkan sayur ni...sebab aku tak pernah makan...jadi keinginan tu kuat sangat untuk aku beli.

Maka aku pun beli la...balik je rumah aku buat sup sayur ni.. aku tumis bawang putih, bubuh air, maggi chicken stok,bubuh carrot, cendawan shitake, ketuk cili padi sikit kasi berapi, sayur tak tau nama...dah mendidih aku bubuh suun...makan dengan bihun...sedap wei...

Hari berikutnya aku masak mee bandung...aku bubuh jugak sayur ni sedap jugak haa...

Batang pokok sayur ni aku sayang nak buang. Jadi aku cucuk semuanya kat bekas semaian recycle...hari semi hari berlalu...aku dapati sayur ni telah mula hidup dengan subur...banyak daun-daun baru yang sihat sedang naik...







Paling aku tak sangka tu...biji benih bunga telang yang aku semai bulan lepas....telah bercambah dan membesar disamping pokok tak tau nama tu dalam bekas yang sama. Yang merisaukan aku ialah daun pokok tak tau nama tu makin lama makin besar...risau kalau-kalau bunga telang tak dapat cahaya yang cukup. Tapi dalam hati kecil ni aku harap satu masa nanti aku dapat tuai bunga telang hasil tanam sendiri...nampak tak pokok telang???






Friday, 22 May 2015

Mee kuah style aku





Resepi mee kuah style aku ni...sempoi sikit haa...sebab macam selalu la aku guna apa saja benda yang ada kat dalam rumah ni jer...aku ni kalau nak beli barang-barang cuma pi 2 kali jer dalam seminggu.

Biasanya aku akan buat senarai barang-barang nak beli..kira beli barang secara berhemah la....kadang-kadang terkantoi gak beli barang yang takda dalam senarai...ini la yang dinamakan cobaaan....hehe.

Salah sapa yer...aku ker tuan kedai tu...? Sapa suruh dia jual sayur-sayur yang hebat....asparagus la....cendawan enoki la...lemon la...leek la..sah-sah la..aku tergoda....huhu.Sayur-sayur hebat tu bukan selalu ada jual kat kedai tu...

Bahan untuk masak mee kuah versi aku...

1/2 genggam mee
5 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 cawan stok kulit udang
2 camca besar udang
1 pokok kecil sawi
sikit kobis
Sikit carrot
sikit sosej

Mula-mula korang panaskan minyak. Dah panas tu korang masukkan la bawang putih dan bawang merah  yang telah dihiris hingga wangi. Lepas tu masukkan cili kisar. Goreng hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram dan sayur-sayuran. Kacau rata. Kemudian masukkan stok kulit udang, udang dan sosej. Masak sampai mendidih kemudian baru la masukkan mee..biar 2 minit. Dah siap. Nak tambah sedap lagi korang boleh tambah telur, tauhu, daun bawang, daun sup, tauhu dan bawang goreng.


Thursday, 21 May 2015

Soft pink rose

Member  baru balcony garden.Aku beli ros ni kat pasar malam kira-kira 2 bulan lalu.

Tak tahulah sebab apa..daun dia habis luruh. Ni baru dia mula tumbuh pucuk-pucuk baru. Ada sekuntum jer bunganya... alahai kecik jer haa...





Wednesday, 20 May 2015

Gulai nangka tumis darat


Aktiviti memasak diteruskan lagi....aku masak gulai nangka tumis darat..

Kalau beli nangka muda selalunya aku akan masak gulai tumis darat jer...masakan ni dah jadi kegemaran aku..dapat makan dengan pekasam ke ikan goreng pun dah sedap. Kalau nangka ni dibuat masak lemak cili padi...aku tak berapa suka sangat.

Cara masak pun simple...bahan-bahan nak masak pun tak banyak. Aku masak separuh jer dari nangka tu. Separuh lagi nak try masakan lain pulak.

1/2 bungkus nangka muda
1     bungkus rempah kari ikan.
2     sudu besar ikan bilis
3     ulas bawang besar
2     ulas bawang putih
       Sedikit halba campur
1/2  mangkuk kecil santan
1      tangkai daun kari
sedikit air, minyak, garam


Mula-mula nak masak tu aku rebus nangka muda sampai empuk dan toskan. Kemudian dalam periuk masukkan nangka yang telah direbus, rempah kari ikan, air dan ikan bilis. Biarla sampai mendidih. Bila dah mendidih tu boleh la masukkan santan dan garam.Sila ketepikan yee. 

Panaskan kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah siap dihiris bersama dengan halba campur dan daun kari. Goreng sampai kuning keemasan. Kemudian bahan tumisan ni korang tuang kat dalam periuk gulai nangka tadi. Pastu korang terus tutup periuk. Jangan dikacau yer kuah tu. Nak makan baru korang kacau ok.


Bon apetite

Tuesday, 19 May 2015

Pucuk keledek goreng cili api

Menu hari ni merupakan hasil terjahan di pasar malam. Part yang aku suka masa pi pasar malam ialah kat bahagian sayur-sayur kampung. Paling aku suka bila sayur yang aku nak tu ada.


Akak yang jual sayur kampung hari ni bawa sayur pucuk keledek, umbut pisang, keladi, jering, pegaga, cili padi kampung, pisang muda,nangka muda,pekasam...tapi ada lagi sayur..tapi aku tak berapa kenal la...


Aku beli pucuk keledek satu ikat dan nangka muda 1 bungkus...RM 2.00 untuk dua-dua sayur yang aku beli tu. 


First time aku beli pucuk keledek...aku belum pernah makan dan juga belum pernah masak. Masa beli tu aku ada la tanya kat akak tu...pucuk ni boleh masak apa...dia kata boleh masak goreng-goreng...buat ulam pun sedap.


Aku goggle tengok apa yang blogger masakan lain masak pucuk keledek ni.  Ada yang masak pucuk paku goreng belacan, masak tumis. Yang tu la ramai yang masak.


Dah biasa sangat la masak goreng belacan...jadi aku decide nak masak resepi sendiri la..." cooking without recipe"....


Bahan utama yang diperlukan.....semestinya pucuk keledek. Jangan lupa cuci dan siang daun ni yer.




Kemudian bahan untuk ditumbuk....aku bubuh 10 biji cili padi, 2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah.  Bahan ni korang tumbuk kasar yer dengan sikit ikan bilis.




Kemudian bahan yang telah siap tumbuk tu...korang tumis la dengan sedikit minyak hingga wangi. Lepas tu masukkan pucuk keledek biar sampai layu dan tambah sikit air dan maggi cukup rasa.... dah siap.





Monday, 18 May 2015

Hari Guru di SDI


Sambutan Hari Guru pada tahun ini berlangsung dengan serba sederhana memandangkan  pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 mula menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Perak dan lagu sekolah. Selepas tu ucapan dari wakil pelajar dan kemudian sesi bacaan perutusan oleh PK Pentadbiran.

Bacaan sajak hasil nukilan Menteri Besar Perak telah dideklamasikan oleh Pn.Siti Eryani, En. Ramsey dan Pn.Ummi Kalsom.

Kemudian semua guru membaca ikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia.



Acara seterusnya ialah pemberian cenderahati dari Pengetua telah disampaikan oleh barisan Penolong Kanan. Pengetua kami berkursus di Kedah. Dimulakan dengan En.Aziz selaku PK Pentadbiran, Ustaz Azman selaku PK HEM dan En.Suhaimi selaku PK KOKO.



Lepas tu acara potong kek pula...kek keju yang cantik sebab ada gambar kami semua. Gambar tu diambil semasa Hari Anugerah dan Kecemerlangan baru-baru ni...Ntah sapa la makan gambar aku yer...hehe.



Kemudian ada persembahan dari pelajar-pelajar tapi lupa nak ambil gambar.




Sebelah tengahari ada jamuan untuk semua guru.




Ohh lupa nak cakap tema kami tahun ni sempena Hari Guru ialah warna purple...semua guru sangat cantik tambahan pula dengan warna sedondon.





Ni pulak hadiah yang aku dapat dari para pelajar. Terima kasih banyak-banyak. Cikgu sayang kamu semua.




Yang ni pulak kad ucapan paling menyentuh perasaan...







# Foto-foto ihsan dari gambar sendiri, kak Ummi dan Pn.Christina...terima kasih.

Mee goreng tak berapa mamak



Menu dinner semalam...mee goreng sytle Kak Jee...cuma guna bahan-bahan yang ada di rumah saja.

Yang ada hanyalah mee,sawi, kobis, telur dan bahan-bahan perisa.

Udang, sotong or ayam memang tak ada stok di rumah. Jadi aku hanya guna stok ayam maggi. Sebab nampak macam kosong sangat mee aku ni...aku goreng la sosej.

Maka terhasillah mee goreng tak berapa mamak versi aku. Resepi asal adalah seperti di bawah. Kira aku masak ni jadi resepi olahan la....

1 genggam mee
2 ekor udang
1 biji telur
sikit sambal tumis
sikit sos cili
sikit kicap manis
1 ulas bawang putih- ketuk
1 tangkai sawi
1/3 keping tauhu goreng
sikit minyak masak
daun sup, bawang goreng
limau kasturi, cili hijau

Tumiskan bawang putih hingga kuning. Masukkan udang, sos cili, dan sambal tumis. Gaulkan selama 1 minit. Kemudian masukkan sawi dan masak 2 minit lagi. Kemudian tambah sikit minyak, pecahkan telur dan hempapkan mee di atas telur. biar 1 minit hingga telur masak. Masukkan tauhu dan kicap manis dan gaulkan. Hiaskan dengan hirisan dsun bawang, daun sup, cili hijau dan limau kasturi.



Sunday, 17 May 2015

Maskot untuk sukan

Hujung bulan April...sekolah aku mengadakan acara Kejohanan Balapan dan Padang...sepanjang tempoh bulan April tu aku memang sangat sibuk la...


Tema hari sukan tahun ni ialah buah-buahan. Mula-mula tu kami fikir nak buat jagung...tapi bila memikirkan susah nak buat..beralih la ke buah nanas yang sedang ranum...sebab rumah sukan aku rumah kuning  aka krypton.


Tempoh nak buat pun tak lama dari tarikh meeting dibuat...2 minggu ajer..fuhh penuh ngan cabaran dek kekurangan masa.
aku telah menetapkan dua orang rakan aku iaitu Norila dan Siew siew untuk membantu buat maskot ni...sambil dibantu oleh barisan pelajar-pelajar yang sangat komited...


Bahan-bahan untuk buat maskot ni..ada yang aku beli, kawan-kawan aku beli dan pelajar sendiri yang beli.


Pelbagai halangan dan susah payah yang kami tempuh dalam usaha untuk menyiapkan maskot ni...sampai pelajar-pelajar aku tu dah berputus asa..


Namun semangat semua mereka kembali pulih setelah seorang lagi cikgu turut sama membantu...terima kasih kak Maizura..jasa akak akan saya kenang. Kak Maizura la penyelamat kami semua..


Kerja-kerja membalut kerangka dawai buah nanas diketuai oleh kak Maizura dengan dibantu oleh rakan aku tadi tu dan juga pelajar.


Kerja menyiapkan nanas ni ambil masa satu hari....dari pagi sampai la ke petang. Itu pun disiapkan sehari sebelum kejohanan berlangsung. Keje last minute..mujur la sempat siap....fuhh lega.






Saturday, 16 May 2015

Bawang tanam sendiri

Update hari ni pasal balcony garden aku...


Ada bawang merah yang bercambah kat bekas bawang aku di dapur... aku pun amik la semai. Aku semai bawang ni dalam botol air mineral jer....




Masa tanam tu ada la jugak beberapa kali tu aku tuai daunnya untuk penambah aroma dalam masakan aku. Lepas tu aku biar jela bawang ni meneruskan hidupnya...sebabnya aku teringin nak tuai bawang yang aku tanam.


Dari segi pembajaan aku guna kaedah organik...guna air basuhan beras dan air dari darah ikan yang aku siang...pokok-pokok lain pun aku siram gak...cuma ada tambahan baja tinja ayam...tumbuhan makanan aku tak bubuh tinja ayam...


Aku tak tak ingat berapa lama aku tanam pokok bawang ni..sedar-sedar  pokok bawang ni dah tumbuh begitu meriah dan tak cukup ruang dalam botol mineral tu...jadi aku fikir lebih baik aku tuai jer....untung-untung ada la bawangnyer..





Pabila dah tuang bekas botol mineral tu....korang tengok la sendiri apa yang ada...hati ni dah berlagu riang.

Ada 52 ulas bawang yang terhasil...alhamdulillah walaupun bawangnya comel-comel jer tapi cukup menggembirakan aku. Syukur...



Stok bawang untuk bulan puasa....hehe...

Selamat hari guru untuk semua guru-guru di Malaysia.



Thursday, 14 May 2015

KEtam untuk cikgu last part...

Episod takhir bagi ketam untuk cikgu... menu buka puasa jugak..lepas part yang pertama.

Kesibukan yang luar biasa...jadi tak sempat untuk aku update tentang ketam. So biar gambar jela yang berbicara.

Tapi mohon maaf...gambar kurang memuaskan...sememeh sikit.
terkuat api semasa memasak dan lupa nak tengok...

Aku masak guna claypot....kari ketam resepi mak aku.