Tuesday, 30 June 2015

Daging goreng simple




Resepi ni aku ambil dari IG Rita Rudaini...pelakon tu...aku terpesona betul la dengan IG dia. Dia suka share masakan dia dan paling penting dia share resepi...tu yang aku suka tu..tak kedekut ilmu.

Bila aku baca resepi #cerokdapoqRR ni...aku rasa macam masak kicap jer..tapi nak cuba jugak..mana tahu kan dengan penggunaan bahan-bahan yang simple mungkin akan menghasilkan masakan yang meletop kan....

Resepi Rita ni aku masak hari Isnin untuk berbuka puasa. Memang sedap sangat..terima kasih Rita Rudaini.

Bahan yang diperlukan

Daging - potong, cuci dan perap dengan kicap masin
bawang merah, bawang putih dan halia - tumbuk kasar
2-3 sudu cili yang diblend dengan bawang besar
sikit air asam jawa
bawang besar - hiris bulat
cili - hiris

Cara nak masak
tumis bahan tumbuk sampai wangi dan cili blend
Masukkan daging biar hingga daging lembut
kalau tak lembut masukkan sikit air
Biar sampai air tadi hampir kering baru bubuh air asam jawa
kemudian kecilkan api biar sampai daging pecah minyak
bubuh bawang besar dan cili hiris.
Gaulkan dan sedia untuk dihidang

Sunday, 28 June 2015

Masak lemak rebung


Masak lemak rebung ni aku masak untuk berbuka puasa pada hari Jumaat.

Rebung ni aku stat makan masa umur aku 15 tahun. Sebelum ni tak pernah mak aku masak camni. Selalunya mak aku masak masak lemak putih rebung bubuh udang...rebung fresh la amik kat kebun durian kami.

Masak lemak kuning ni diperkenalkan oleh kak ipar aku. Guna rebung yang dijeruk. Stat dari hari itu la aku mula belajar masak resepi ni dan ia telah menjadi kegemaran aku.

Rebung jeruk ni aku beli kat Mydin masa balik Penang. Sepeket adala dalam RM4.50.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis ditumbuk kasar. Rebung pulak hiris nipis dan rebus sekejap dan toskan. Lepas tu bubuh rebung tadi dalam periuk bersama bahan-bahan yang ditumbuk dan santan. Biar sampai mendidih dan bubuh garam. Siap.

Makan pulak dengan nasi panas ditambah pulak dengan ikan pekasam goreng...memang terangkatlah...wa cakap lu..

Wednesday, 24 June 2015

Ikan kerapu kukus dengan mangga


Menu hari ni merupakan menu yang paling susah..susah tu bukan aku maksudkan susah untuk masak. Tapi susah untuk aku fikir nak masak apa tuk berbuka hari ni..

Dari semalam hinggalah membawa ke petang belum dapat fikir nak masak apa...akhirnya masak stim jela..setelah dapat ilham hasil telekan dalam buku resepi Chef Wan..Chef feberet aku ni.

Bahan-bahan yang diperlukan

1 ekor ikan kerapu
secubit garam
2 ulas bawang putih ( cincang halus)
1 inci halia - hiris 
1 inci lengkuas - hiris
2 biji tomato - potong baji
1 biji mangga masak - hiris panjang
6 biji cili padi
3 tangkai daun limau purut
2 batang serai - hiris halus
1 biji limau nipis - ambil jusnya

Hiasan : daun bawang dan daun sup

Cara memasak
perisakan ikan dengan garam. Letakkan di dalam pinggan kukus. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bahan hiasan. Susun ikut citarasa. 
Kukuskan selama 20 minit @ sehingga ikan masak. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
Siap untuk dihidang.



Monday, 22 June 2015

Buncis masak padang


Menu berbuka puasa ni resepi dari Chef Hanieliza yang aku ambil dari Majalah Saji.

Dah banyak kali aku masak resepi ni...kira dah dah feveret aku la...

500 g kacang buncis
300 g udang
3 tangkai cili merah - belah 2
1 cawan santan
3 sudu besar minyak 
garam secukup rasa

Bahan kisar
10 tangkai cili api
3 tangkai cili hijau
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
3 cm lengkuas 
2 cm kunyit hidup

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan santan dan masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak bergumpal. Masukkan kacang buncis, udang dan garam. Kacau rata. Masukkan cili merah dan kacau hingga pekat. Siap.


Sunday, 21 June 2015

Asam pedas rebus



Rezeki berbuka puasa hari ni..asam pedas rebus. Minggu ni still dalam nak makan makanan kurang minyak.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang merah 5 biji, bawang putih 3 biji, sikit belacan, 10 biji cili kering, dan sikit kunyit hidup...bahan tadi tu blend dengan air. Air tu ikut korang..nak pekat ke nak cair ke kan..

Bahan yang dah siap diblend tu..masukkan dalam periuk bersama  dan renihkan sehingga bendi, asam keping dsn bunga kantan sampai mendidih.

Lepas tu boleh la masukkan sikit hirisan nanas, ikan dan garam. Biar hingga ikan masak baru la masukkan tomato.. dah siap.

Selamat mencuba...hik3.

Saturday, 20 June 2015

Popia durian

Desert untuk iftar hari popia durian...

Bahan-bahan hanya buah durian.

Jangan lupa buang bijinya...sebiji durian dapatla sepinggan


Bahan seterusnya ialah kulit popia. Brand aps-apa pun takpa.
asalkan mudah untuk digulung.

Kemudian ambik la dalam satu camca besar isi durian. Letakla atas kulit popia...then korang gulung.


Haa...ni la bentuk popia lepas digulung. Tapi jagan lupa yer pas abis gulung tu letak tuala lembap or lagi mudah bubuh dalam tuperware..tujuannya untuk elak kulit popia tu jadi kering.


Gambar last ni rupa selepas digoreng


Selamat mencuba



Friday, 19 June 2015

Menu 1 Ramadan




Menu permulaan berbuka puasa. Tekak aku ni berkeinginan untuk makan makanan yang ringkas dan kurang berminyak. Memandangkan aku ada beli ikan tongkol jadi aku fikir nak masak singgang jela...ringkas dan ada aroma yang memikat dari masakan ni.

Tambahan pulak bahan-bahan untuk masak pun ada..bahan nak masak resepi ni tak banyak. Antaranya ialah bawang putih, lengkuas, tomato, kunyit hidup, asam keping, cili padi, serai,  air,  ikan dan garam. Semua bahan tu kecuali ikan dan garam direbus dalam periuk hingga mendidih..lepas tu masukkan ikan dan garam. Renihkan lebih kurang 3 minit..bolehlah dihidang.


Makan pulak dengan ikan masin bulu ayam yang aku beli dari mak anak muridku. Satu lagi scallop  grill. Scallop tu kalau tak silap aku sejenis kekapis. Kalau silap aku mintak maaf. Bentuk cengkerang dia macam lambang syarikat minyak Shell. Aku beli kat Mydin. 200g berharga RM21.30...mahal. Tapi sebab nak makan aku pun beli la...selalu tengok chef Afc  dok masak. Scallop ni aku perap dengan black pepper dan garam. Kemudian aku grill dalam kuali nonstick dengan sikit minyak sampai la masak.

Wednesday, 17 June 2015

Salam Ramadan

Alhamdulilah syukur kehadrat Allah SWT kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu ..insyaallah.

Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam aku ingin sekali mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pengunjung blog aku yang tak
seberapa ni...

Pengetua kami telah mengedarkan sumbangan peribadi beliau berupa kurma kepada semua guru di sekolah aku. Selain itu, beliau juga turut memberikan cenderamata berupa fridge magnet dan  keychain kepada kami semua sebabnya masa cuti sekolah yang lalu beliau telah berkunjung ke negara Eropah. Terima kasih Puan atas sumbangan tersebut. Bestnyer Pengetua kami ni kan...