Friday, 19 June 2015
Menu 1 Ramadan
Menu permulaan berbuka puasa. Tekak aku ni berkeinginan untuk makan makanan yang ringkas dan kurang berminyak. Memandangkan aku ada beli ikan tongkol jadi aku fikir nak masak singgang jela...ringkas dan ada aroma yang memikat dari masakan ni.
Tambahan pulak bahan-bahan untuk masak pun ada..bahan nak masak resepi ni tak banyak. Antaranya ialah bawang putih, lengkuas, tomato, kunyit hidup, asam keping, cili padi, serai, air, ikan dan garam. Semua bahan tu kecuali ikan dan garam direbus dalam periuk hingga mendidih..lepas tu masukkan ikan dan garam. Renihkan lebih kurang 3 minit..bolehlah dihidang.
Makan pulak dengan ikan masin bulu ayam yang aku beli dari mak anak muridku. Satu lagi scallop grill. Scallop tu kalau tak silap aku sejenis kekapis. Kalau silap aku mintak maaf. Bentuk cengkerang dia macam lambang syarikat minyak Shell. Aku beli kat Mydin. 200g berharga RM21.30...mahal. Tapi sebab nak makan aku pun beli la...selalu tengok chef Afc dok masak. Scallop ni aku perap dengan black pepper dan garam. Kemudian aku grill dalam kuali nonstick dengan sikit minyak sampai la masak.
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment