Wednesday, 30 September 2015
Masak lemak udang berkacang buncis
Hari ni masih lagi berjerebu....dalam suasana yang panas. Matahari pun tak nampak. Bukan tu jer awan pun dah tak nampak. Sesunguhnya aku dah mula rindu pada sang mentari dan awan serta langit nan biru. Mudah-mudahan keadaan berjerebu ni akan hilang tak lama lagi amin.
Pabila berjerebu ni banyak la penyakit-penyakit datang. So jangan lupa pakai penutup hidung dan juga minum air masak banyak-banyak. Selain tu kena la kurangkan aktiviti luar.
Walau suasana diluar rumah masih berjerebu tapi kegiatan masak-masak di dapur tetap diteruskan....hehe. hari ni aku masak masak lemak udang. Kacang buncis pun ada jadi aku masukkan jer. Jadi tak payah lagi nak masak sayur. Kiranya masak ni 2 in 1 la...hahaha...mood malas menjelma.
Masak lemak udang ni aku letak banyak cili padi. Pedas-pedas baru terangkat. Makan pulak dengan nasi yang masih masih berasap dan ikan masin goreng...memang tak terkata nikmat hidup....
Bahan-bahan
1 mangkuk kecil udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili api
1/2 mangkuk kecil kacang buncis - kerat 1 inci
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam
Mula-mula tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumbuk kasar. Lepas tu masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan. Bila santan dah mula mendidih masukkan kacang buncis udang dan garam.biar mendidih lagi dan angkat.
Tuesday, 29 September 2015
Spiral Aglio Olio
Simple lagi masak-masak hari ni...aku masak Aglio Olio jer....
Bahan nak masak pun tak banyak. Aku guna bahan yang dan sedia ada di rumah.
Pasta ni nampak raw sangat jadi aku pan grill kan scallop.. scallop ni aku tak letak garam ataupun black pepper. Bagi aku scallop tu dah cukup rasanya dah ada masin-masin dan manis-manis makanan laut.
Bahan-bahan
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi flakes
Sedikit garam
Sedikit black pepper
Sikit minyak zaitun
Pasta secukupnya
Rebuskan pasta dengan sedikit minyak dan garam hingga pasta tu al dente atau masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan cili padi flakes. Seterusnya masukkan pasta, garam dan black pepper.
Monday, 28 September 2015
Mee sup
Menu sihat hari ni....walaupun bukan berdiet. Saja nak kurangkan makan benda-benda yang berlemak. Lagipun masa raya hari tu..hari- hari aku belasah ketupat daun palas. Makan pulak dengan rendang ayam la....kari kambing la....masak merah ayam la....semua tu kategori menternak lemak hokey...
Jadi untuk menu hari ni aku masak sesuatu yang simple dan pasti sedap. Mee sup all time feveret. Kemanisan daging tu jelas terasa dalam kuah sup yang alahai simple sangat.
Meh terjah bahan-bahan untuk masak
1 genggam kecil mee - dicelur
2 tangkai sawi - potong 1 inci
1/4 batang carrot - hiris
2 helai kobis - hiris
2 helai kobis - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 tangkai cili padi - hiris
1 jemput daging - hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tiram
sikit minyak
Air secukupnya / stok daging
Mula-mula tu panaskan minyak dan tumiskan bawang putih saai la wangi. Lepas tu masukkan air secukupnya, cili padi dan daging. Biar sampai daging tu empuk. Bila dah empuk daging tu boleh la masukkan sayur-sayur dan sos tiram. Biar sampai mendidih. Angkat dan tuangkan kuah sup tadi dalam mangkuk berisi mee yang telah siap dicelur...
Sunday, 27 September 2015
Kucai tumis air
Aku dah balik semula ke Perak setelah seminggu bercuti di Penang.
Sampai saja di rumah seperti biasa aku akan terjah ke balcony garden dulu. Tengok pokok-pokok yang aku tinggalkan. Semua pokok-pokok aku masih ok kecuali sepasu ros kampung aku yang telah mati. Sedihnya.
Hari tu masa aku ke pekan Sabtu aku ada cari ros kampung kot-kot ada sebab masa tu aku dah nampak tanda- tanda pokok ros tu nak mati. Tapi takda la pulak. Sekarang tinggal hanya sepasu je pokok ros kampung aku.
Kucai pulak....satu aku tanam dalam bekas botol mineral self watering dan satu lagi pokok kucai aku tanam dalam bekas plastik. Sebelum balik hari tu aku dah cucuk botol mineral berlubang kat tanah. Kali ni kucai tu berjaya sedut air dari botol tu.
Aku tengok kucai dalam botol mineral dah merimbun daunnya. Jadi aku pun potonglah daunnya untuk dijadikan juadah hari ni.
Cadangnya nak masak tumis air bubuh udang jer. Makan pulak dengan ikan goreng atau ikan masin memang terangkat. Ditambah pulak dengan cuaca yang mendung berjerebu ni...
Ni la kucai berdaun kecil yang aku tuai dari balcony garden. Dapatlah secekak untuk masak.
Bahan-bahan
1 cekak kucai - potong 1 inci
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah
Air secukupnya
Sedikit udang
Sedikit garam dan minyak
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih serta cili merah hingga wangi. Kemudian masukkan udang, garam dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kucai dan biarkan hingga kucai sedikit layu dan mendidih. Siap
Sampai saja di rumah seperti biasa aku akan terjah ke balcony garden dulu. Tengok pokok-pokok yang aku tinggalkan. Semua pokok-pokok aku masih ok kecuali sepasu ros kampung aku yang telah mati. Sedihnya.
Hari tu masa aku ke pekan Sabtu aku ada cari ros kampung kot-kot ada sebab masa tu aku dah nampak tanda- tanda pokok ros tu nak mati. Tapi takda la pulak. Sekarang tinggal hanya sepasu je pokok ros kampung aku.
Kucai pulak....satu aku tanam dalam bekas botol mineral self watering dan satu lagi pokok kucai aku tanam dalam bekas plastik. Sebelum balik hari tu aku dah cucuk botol mineral berlubang kat tanah. Kali ni kucai tu berjaya sedut air dari botol tu.
Aku tengok kucai dalam botol mineral dah merimbun daunnya. Jadi aku pun potonglah daunnya untuk dijadikan juadah hari ni.
Cadangnya nak masak tumis air bubuh udang jer. Makan pulak dengan ikan goreng atau ikan masin memang terangkat. Ditambah pulak dengan cuaca yang mendung berjerebu ni...
Ni la kucai berdaun kecil yang aku tuai dari balcony garden. Dapatlah secekak untuk masak.
Bahan-bahan
1 cekak kucai - potong 1 inci
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah
Air secukupnya
Sedikit udang
Sedikit garam dan minyak
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih serta cili merah hingga wangi. Kemudian masukkan udang, garam dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kucai dan biarkan hingga kucai sedikit layu dan mendidih. Siap
Saturday, 26 September 2015
Sambal lala berserai
Siput lala..jarang-jarang aku jumpa kat market atau kedai. Kali ni mungkin dikatakan rezeki.
Masa beli tu aku dah terfikir untuk masak sambal yang ada bau serai...membuka selera betui la...
Bahan-bahan
1 mangkuk siput lala
10 tangkai cili kering
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Sikit bawang besar
Sikit daun bawang dan daun sup
Minyak secukupnya
Blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus. Kemudian panaskan kuali tumiskan bahan-bahan yang telah diblend hingga pecah minyak dan wangi. Seterusnya masukkan siput lala dan sos tiram. Masak hingga cengkerang lala terbuka. Taburkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Gaulkan dan angkat.
Bahan-bahan
1 mangkuk siput lala
10 tangkai cili kering
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Sikit bawang besar
Sikit daun bawang dan daun sup
Minyak secukupnya
Blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus. Kemudian panaskan kuali tumiskan bahan-bahan yang telah diblend hingga pecah minyak dan wangi. Seterusnya masukkan siput lala dan sos tiram. Masak hingga cengkerang lala terbuka. Taburkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Gaulkan dan angkat.
Thursday, 24 September 2015
Ketupat daun palas
Raya tahun ni special sikit sebab kami sekeluarga cuba untuk buat ketupat.
Masa raya Aidilfitri yang lalu..kejadian ketupat daun palas ni tak berapa memuaskan. Kami cuba lagi buat untuk juadah dipagi raya Aidiladha...kali ni lebih baik dari sebelumnya.
Namun belum lagi mencapai tahap pro lagi...tiba-tiba terasa rindu dengan ketupat daun palas mak aku...hikhik.
Masa raya Aidilfitri yang lalu..kejadian ketupat daun palas ni tak berapa memuaskan. Kami cuba lagi buat untuk juadah dipagi raya Aidiladha...kali ni lebih baik dari sebelumnya.
Namun belum lagi mencapai tahap pro lagi...tiba-tiba terasa rindu dengan ketupat daun palas mak aku...hikhik.
Dalam periuk ni ada jugak ketupat jantan dan ketupat betina. Yang jantan tu akj yang balut. Cara balutan ketupat jantan ni aku belajar kat sekolah. Masa tu kami balut ketupat untuk jamuan Rimup Raya.
Paling penting aku dah berjaya membalut ketupat dengan balutan jantan.
Monday, 14 September 2015
Kerabu paku rawan bertauge
Hari ni aku masak paku rawan dulu. Esok baru nak masak pucuk ubi pulak. Kat bawah ni la paku rawan.
Kerabu paku rawan ni aku pernah buat dulu. Kali ni aku try guna cili merah, cili padi dan juga guna ikan bilis goreng bagi menggantikan udang. Sengaja bubuh ikan bilis untuk rasa kerangupan bila makan dan juga untuk kelainan.
Kerabu merupakan feberet aku. Aku suka makan macam tu aja. Tak makan dengan nasi pun takpa.
Bahan-bahan
2 ikat paku rawan - ambil bunganya,cuci dan celur
1 mangkuk kecil tauge - buang akar, cuci dan celur
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 biji kecil bawang besar - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
2 sidu besar beras - cuci dan sangai hingga garing n tumbuk
2 biji jus limau kasturi
1 sudu besar kerisek
Sikit ikan bilis goreng
Sikit garam
Sikit belacan
Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga jadi sambal belacan. Dalam mangkuk gaulkan semua bahan dengan sambal belacan, kerisek, jus limau kasturi serta garam hingga rata. Kemudian perap seketika supaya semua bahan kerabu tadi mesra. Masa nak makan tu baru tabur ikan bilis goreng. Kalau letak awal nanti dah tak rangup ikan bilis tu.
Sunday, 13 September 2015
Sup tulang
Tulang aku beli dalam 1/2 kilo ni berharga RM 10.00. Masa ke pekan Sabtu semalam aku beli siap-siap bahan yang nak masak. Antaranya ialah carrot, kentang, halia, daun bawang dan daun sup. Lepas tu aku cari pulak perencahnya tapi takda la pulak. Terpaksa aku singgah ke kedai sebwlum balik rumah. Aku beli perencah sup tulang Adabi, perencah sup Adabi dan juga lada hitam.
Resepi sup tulang ni aku dapat dari kawan aku yang bapa saudara dia peniaga sup kat pasar malam. Dapat resepi ni semasa kami ada jamuan di sekolah. Kawan aku buat sup tulang yang sangatlah sedap. So apa lagi ramai la yang bertapa resepi dari kawan aku tu...termasuklah aku....hahaha.
Bahan-bahan
1/2 kilo tulang daging - cuci bersih dan toskan
1 bungkus perencah sup tulang
1/2 bungkus perencah sup
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 4
1 inci halia-ketuk
3 biji kentang - potong
1 batang carrot - potong
1 sudu besar lada hitam (biji)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sikit daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya
Masukkan tulang daging, perencah sup tulang, perencah sup, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Lepas tu rebus la sampai kuah mendidih. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk serta halia. Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan bawang besar serta lada hitam dan rebuskan sehingga daging hampir lembut. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Biarkan sampai bahan-bahan tadi dan daging empuk. Seterusnya masukkan garam secukupnya dan diakhiri dengan daun bawang dan daun sup yang ditabur. Masa nak makan tu boleh la tabur sikit lagi daun bawang dan daun sup serta bawang goreng. Makan sup ni panas-panas memang terangkat.
Saturday, 12 September 2015
Ketuka air asam tomato
Awal pagi tadi aku pi pekan hari. Dalam hati memang berhajat nak beli tulang untuk buat sup. Tulang aku beli dalam 1/2 kilo. Lepas tu jalan lagi meninjau apa yang ada. Ternampak ikan pari ketuka. Perghh....memang sedap bila bakar dan cicah pulak dengan air asam tomato.
Ikan pari ketuka ni lepas aku potong dan cuci bersih aku toskan sampai air kering. Lepas tu aku perapkan sekejap dengan garam, kunyit dan minyak. Aku perap dalam 15 minit. Lepas tu aku pan grill kat dapur sampai la masak.
Air asam pulak...mula tu aku nak buat air asam tomato kerisek. Kalau letak kerisek air asam ni akan jadi lagi bertambah meletop...Tapi cari kerisek kat kedai takda la pulak. Jadi aku decide guna jela apa yang ada.
Air asam tomato
3 biji cili merah
8 biji cili padi
Sikit belacan bakar
2 ulas bawang merah
Sikit air asam jawa
Sikit bawang besar - hiris
Sikit tomato - hiris
3 biji limau kasturi
Sikit gula
Masukkan dalam blender air asam jawa, cili merah, cili padi, belacan, bawang merah dan sikit tomato. Blendkan. Ikut suka la nak blend halus ka atau nak blend kasar. Lepas tu gaulkan dengan bawang besar, lebihan tomato tadi, limau kasturi dan sikit gula. Kalau nak buh kerisek pun boleh. Bubuh dalam 2 sudu besar. Lepas tu gaulkan. Siap.
Friday, 11 September 2015
Thursday, 10 September 2015
Jeruk jambu asam boi
Mangga muda takda jual di kedai. Selalu aku jumpa yang dah masak... yang ada hanyalah jambu batu.
Jambu pun jambulah. Asalkan dapat makan dengan bahagianya dah kira bersyukur sangat.
Resepi yang mudah ker. Mula-mula tu cuci buah kasi bersih. Kemudian hiris la ikut suka korang. Lepas tu ambil la cili padi. Ikit suka nak bubuh banyak mana. Hiris la nipis cili padi tu. Cili padi lebih baik cari yang warna merah. Aku ni kes takda juga di kedai jadi aku belasah jela cili padi hijau ni. Lepas tu gaulkan la dengan asam boi. Buh jela banyak mana yang nak.
Dah siap bahan-bahan tadi. Gaulkan semua bahan tu dalam bekas. Kalau nak manis tambah la sikit gula. Aku tak bubuh pun.
Dah siap gaul tu simpan la dalam peti ais dalam 1/2 jam. Pastu dah boleh makan.
Rasanya pedas, masin dan manis buah.
Wednesday, 9 September 2015
Rose mekar lagi
Ye....ros aku mekar lagi. Menambahkan seri di balcony garden. Hayatilah kecantikan ciptaan Allah SWT.
Tuesday, 8 September 2015
Rendang ayam
Rendang ayam ni dipanggil resepi campak-campak. Aku takda ikut mana-mana resepi. Kira rendang ni resepi versi aku la. Paling simple dan senang untuk dimasak. Tak payah nak tumis-tumis bagai.
Aku masak rendang ni sebab nak makan dengan lemang yang aku frozenkan.
Suka la pulak aku memfrozenkan makanan yang tak habis dari membazir dibuang. Bila-bila masa nak makan cuma panaskan saja.
Lemang yang difrozenkan aku dah siap-siap keluarkan untuk tujuan nyahbeku. Jadi bila dah hilang sejuk lemang tu. Aku akan masukkan dalam oven. Bakar lebih kurang 10 ke 15 minit. Lepas tu boleh la makan dengan lemang.
Bahan- bahan
1/2 ekor ayam
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 batang serai
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
10 biji cili kering
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
Garam secukup rasa
First kisarkan bawang merah,bawang putih, 2 batang serai, kunyit hidup, halia dan cili kering hingga halus. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tu ke dalam periuk. Tambahkan ayam, kerisik dan santan. Masakkan di api sehingga kuah hampir pekat. Masukkan garam. Biarkan lagi sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak. Lepas tu boleh la padamkan api.
Monday, 7 September 2015
Spiral carbonara
Rindu sangat nak makan creamy carbonara. So berpasta la hari ni...
Bahan-bahan
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 botol sos carbonara Prego
2 keping Ayamas chicken meatloaf - hiris
Sedikit lada hitam
Pasta Spiral
Mula-mula didihkan air dengan sikit minyak. Kemudian masukkan pasta spiral. Rebuskan hingga pasta al dente atau hingga masak. Dalam kuali panaskan sikit minyak. Masukkan chicken meatloaf dan goreng hingga sikit garing. Kemudian sautekan bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan sos carbonara, sedikit air dan dan sedikit lada hitam.biarkan mendidih. Sos yang telah siap curahkan pada spiral yang telah siap direbus.
Subscribe to:
Posts (Atom)