Sunday, 13 September 2015

Sup tulang





Lama tak makan sup tulang....sup tulang ni sedap kalau makan dengan nasi...pilihan utama aku. Cuma kalau nak kelainan baru aku makan dengan mee ditambah sambal kicap.

Tulang aku beli dalam 1/2 kilo ni berharga RM 10.00. Masa ke pekan Sabtu semalam aku beli siap-siap bahan yang nak masak. Antaranya ialah carrot, kentang, halia, daun bawang dan daun sup. Lepas tu aku cari pulak perencahnya tapi takda la pulak. Terpaksa aku singgah ke kedai sebwlum balik rumah. Aku beli perencah sup tulang Adabi, perencah sup Adabi dan juga lada hitam.

Resepi sup tulang ni aku dapat dari kawan aku yang bapa saudara dia peniaga sup kat pasar malam. Dapat resepi ni semasa kami ada jamuan di sekolah. Kawan aku buat sup tulang yang sangatlah sedap. So apa lagi ramai la yang bertapa resepi dari kawan aku tu...termasuklah aku....hahaha.

Bahan-bahan

1/2 kilo tulang daging - cuci bersih dan toskan
1 bungkus perencah sup tulang
1/2 bungkus perencah sup
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 4
1 inci halia-ketuk
3 biji kentang - potong
1 batang carrot - potong
1 sudu besar lada hitam (biji)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sikit daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya

Masukkan tulang daging, perencah sup tulang, perencah sup, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Lepas tu rebus la sampai kuah mendidih. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk serta halia.  Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan bawang besar  serta lada hitam dan rebuskan sehingga daging hampir lembut. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Biarkan sampai bahan-bahan tadi dan daging empuk. Seterusnya masukkan garam secukupnya dan diakhiri dengan daun bawang dan daun sup yang ditabur. Masa nak makan tu boleh la tabur sikit lagi daun bawang dan daun sup serta bawang goreng. Makan sup ni panas-panas memang terangkat.

No comments:

Post a Comment