Tuesday, 27 October 2015

Masak lemak cili api telur itik




Belum pernah aku masak. Belum pernah aku makan. Jadi cik google la jadi sumber rujukan aku. 

Telur itik ni aku beli 4 biji dengan harga 55 sen sebiji. Kata tauke tu telur tu masih baru lagi. Tu yang aku berkobar-kobar nak beli tu.

Bahan-bahan

4 biji telur itik
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
20 biji cili api
2 cawan santan
2 keping asam keping
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - carik
Garam secukupnya

Tumbuk bawang merah, bawang putih,halia dan cili api  serta kunyit hidup sampai lumat. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama santan, asam keping, serai dan daun kunyit. Perlahankan api dapur. Renehkan hingga mendidih. Seterusnya pecahkan telur sebiji demi sebiji. Tutup periuk dengan tudung periuk. Kacau perlahan-lahan supaya telur tak pecah dan tidak berkerak di dasar periuk. Bila telur dah masak masukkan garam...siap.

Monday, 26 October 2015

Kari ayam




Kari ayam atau orang Penang panggil gulai ayam adalah antara masakan feveret aku. Kalau masak cenggini aku suka makan dengan nasi putih ada kerabu timun nanas. Hat tu menu masa mak aku masih ada la.

Sekarang bila mak dah takda...bila masak gulai ayam ni. Kadang-kadang  jer aku makan dengan nasi. Selebihnya tu aku makan dengan roti jala, roti arab,roti pita mahupun tortilla.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 bungkus rempah kari daging
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
Rempah 4 sekawan
2 biji kentang - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
1 helai daun pandan - simpulkan
2 tangkai daun kari
2 sudu besar kerisek
1 cawan santan
Sedikit hirisan daun bawang
Air secukupnya
Garam,minyak

Mula-mula perapkan ayam dengan rempah, kerisek dan sedikit air. Ketepikan.

Panaskan minyak masukkan rempah tumis. Kacau sekejap. Masukkan bahan-bahan dihirs. Gorengkan hingga bahan tadi kekuningan. Seterusnya masukkan perapan ayam, kentang, daun kari dan daun pandan. Masak hingga ayam empuk. Barulah dimasukkan santan dan garam. Renihkan sekejap hingga kuah mulai pekat. Barulah dimasukkan tomato dan daun bawang.


Thursday, 15 October 2015

Brocoli carrot goreng ditaburi ikan masin



Mood malas dah datang. Hari ni masak simple jer...aku buat goreng brocoli campur dengan carrot. Tumisla dulu bawang putih  dan cili padi sampai naik bau.pastu bubuh la sikit air dan sos tiram.Dah mendidih baru la masukkan carrot dan brocoli. Gaulkan.

Sayur ni aku makan dengan ikan tamban kering kecil. Aku goreng dengan sikit minyak guna non stik pan sampai garing. Pastu nak kurangkan penggunaan pinggan aku letak ikan ni atas sayur tadi tu. 

Kan dah kurang sebiji pinggan untuk dibasuh...jimat air dan sabun.

Wednesday, 14 October 2015

Cendawan goreng campur



Aku pi pasar malam...terjumpa satumpqk cik yang jual cendawan. 1 bungkus plastik besar harganya RM 3.00 saja. Cendawan yang akj belk ni cendawan tiram. Dua jenis warna. Satu warna coklat dan satu lagi warna putih.


Balik rumah aku masukkan cendawan tadi dalam mangkuk besar... terfikir aku nak masak apa dengan cendawan yang banyak akan sangat ni. Boleh masak untuk 3 atai 4 hari pulak tu..jadi hari-hari boleh makan cendawan la aku...


Masa kat pasar malam tu selain aku beli cendawan aku juga beli carrot dan putik jagung. Kononnya nak masak sup cendawan la. Last-last aku goreng bubuh kunyit dengan carrot dan putik jagung tu. Peralihan resepi tersebut berlaku disebabkan aku malas nak google cari kat internet...data telefon aku habis. Nak buka laptop pun malas....haihhh...sabar jela.


Bahan-bahan

1 mangkuk cendawan - carik-carik
1 bungkus putik jagung - hiris
1/2 batang carrot - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit air dan minyak

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan carrot dan air. Biar sampai carrot empuk. Kemudiam masukkan putik jagung dan gaul rata. Seterusnya masukkan cendawan, sos tiram dan serbuk kunyit. Kacau hingga cendawan masak. Bolehlah diangkat.

Monday, 12 October 2015

Spagetti goreng





Jadi orang Italiano hari ni...makan spagetti. Tapi spagetti versi melayu la....

 Bahan

 1 mangkuk kecil spagetti - rebus dan toskan
1 labu bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 /2 biji tomato - dadu
3 biji cili padi - hiris
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Brocoli secukupnya
Carrot secukupnya
Cendawan butang secukupnya
Sedikit fish ball
Sedikit scallop
Lada hitam
Oregano

Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu kemudian masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi. Lepas tu masukkan tomato,carrot, brocoli, cendawan butang,cili padi, sos cili, sos tomato dan air. Kacau hingga mendidih dan kuah pekat. Kemudian barulah masukkan  fish ball, scallop dan spagetti .gaulkan sampai rata. Barulah masukkan oregano dan lada hitam. Tapi aku tak bubuh pun oregano dan lada hitam sebabnya aku tak jumpa mana la aku letak. Kalau ada baru la sedap.

Sunday, 11 October 2015

Pokok padi

Dari mana datangnya nasi...?

Nasi datangnya dari beras...

Dari mana datangnya beras?

Dah tentu datangnya dari padi...

Padi ditanam di mana?

Di Semenanjung dah tentulah di sawah



Begitulah asal usul nasi yang kita makan sebagai makanan ruji. Setahu aku beras di Malaysia di tanam di sawah dan satu lagi ditanam di kawasan bukit. Beras tu dipanggil padi huma.

Hari ni tercipta satu sejarah dalam hidup aku bila mana aku terjumpa pokok-pokok padi di tepi jalan lebih kurang 2 km kawasan taburannya.

Pokok-pokok padi ni ada yang baru tumbuh dan ada sebahagian lagi yang dah mula ada padi. Tak sangka betul Allah nak temukan aku dengan sesuatu yang begitu menakjubkan.

Untuk pengetahuan pokok-pokok padi ni tumbuh dengan begitu subur dan disebabkan ianya berada bersama lalang-lalang di tepi jalan...membuatkan orang yang lalu lalang di situ tak perasan.

Sama la dengan aku. Selama melalui jalan itu tak pernah sekali pandang. Namun takdir Allah menentukan segalanya...Alhamdulillah. Semua itu bukti kuasa Allah.

Benih padi ni mungkin terbang dari lori akibat ditiup angin. Dan bertaburan di tepi jalan. Bila hujan turun benih-benih tu tumbuh dan tidak diganggu oleh manusia.

In sha Allah aku akan ke situ lagi untuk melihat pokok-pokok padi tadi sudah matang. Moga Allah mengizinkan...amin.























Friday, 9 October 2015

Kembang sempena Hari Sukan Negara

Ros ku kembang di malam hari khamis malam Jumaat. Ros bloom sempena menyambut hari sukan negara.

Ros aku ni aku dah pelik...pelik sebab warnanya sering berubah. Kadang-kadang nampak macam warna peach kadang tu nampak macam color pink pulak....pening aku...

Apapun warnanya ia tetap mengancam dihatiku ini. Kali ni kuntum ros aku ni naik tak banyak. Mungkin pengaruh daripada keadaan jerebu dan kurang mendapat cahaya matahari.















Masak lemak pucuk labu



Aku tak pernah makan sayur pucuk labu ni...buahnya biasa la aku makan. Dah lama aku cari sayur ni...cuma bila dijual di pasar Sabtu tanpa label aku tak kenal sayur ni. Pucuk labu yang aku masak ni aku beli di pasar raya Rapid. Secekak harganya RM 1.00.

Teruja punya pasal sebab dah jumpa dengan sayur idaman. Akhirnya aku masak untuk juadah malam ni. Dalam hati masa dapat sayur ni...nak masak lemak putih bubuh ikan bilis dan dimakan bersama ikan pekasam...

Bahan-bahan

1 ikat sayur pucuk labu - potong, celur dan toskan
1 ulas bawang besar - hiris
6 biji cili api - hiris
1 mangkuk  santan pekat
2 sudu besar ikan bilis
Garam secukupnya

Dalam periuk masukkan bawang, cili api, santan dan ikan bilis. Dengan menggunakan api perlahan renehkan bahan-bahan tadi sampai mendidih. Kemudian masukkan sayur pucuk labu dan garam. Biar sehingga kuah mendidih lagi. Barulah ditutup api.

Thursday, 8 October 2015

Sardin masak asam



Masakan paling legend...masak ikan sardin. Aku suka dengan masakan ni ditambah lagi dengan adanya telur dadar....

Sardin sekarang dah mahal tak sama seperti masa zaman aku kecik-kecik. Aku suka mak aku masak. Sardin tu akan digoreng terlebih dahulu.

Part paling tak best bila menggoreng ialah ikan tu akan meletup. Minyak pulak akan merata terpercik. Dari atas dapur sampai la ke lantai. Walaupun penuh azab nak masak namun hasil akhir memang sedap.

 Yang aku cakap tu versi mak aku. Versi aku pulak tak payah nak goreng -goreng ikan sardin tu. Jadi takdala kesukaran semasa di dapur.

Bahan-bahan

1 tin ikan sardin
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah  atau
6 biji cili padi - ketuk
 1 biji tomato - belah 6
1 inci halia - ketuk
Sikit air asam jawa
Sikit minyak

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan cili hingga bawang layu kemudian masukkan ikan sardin dan sosnya serta air asam jawa dan halia. Renehkan hingga kuah pekat baru la dimasukkan tomato. Kacau rata dan boleh la diangkat

Tuesday, 6 October 2015

Jerebu Oktober 2015

Teruknya jerebu sejak dari hari Ahad...dengan udara yang berbau asap penuh debu-debu kecil yang terampai di udara. Suasana sebegini menyesakkan nafas sekaligus mengaburkan pandangan.

Sekarang ni hujan...aku harap agar titisan air hujan tu dapat membersihkan kembali alam ni dari segala kekotoran..

Sesunguhnya hamba ini terlalu ingin melihat kembali langit nan biru, awan nan cerah dan sang mentari. Sudah terlalu rindu pada ciptaanMu ya Allah....

Dalam keadaan sebegini eloklah kita memakai topeng muka. Untuk menjaga paru-paru kita ni. Untuk mata pulak rajin-rajin la titis Eye Mo kat mata...selain tu elakkan juga berada lama di luar sekiranya tiada urusan penting.

Panas membahang akibat jerebu ni seelok-eloknya kena la minum air banyak -banyak. Tapi awas jangan pulak pi minum teh tarik ke, neslo ke kan....yang aku maksudkan tu air masak atau air mineral yoooo....

Aku ada terbaca kat fb katanya air kelapa dan air limau nipis juga baik diminum masa jerebu ni...




Friday, 2 October 2015

Spagetti Tuna Mamma Rosa



Craving spagetti...dah lama tak makan spagetti. Selalu beli spiral dengan macaroni jer...bukan apa sebab nak jimat gas masa tu. Orang gas bukannya nak angkat tong gas naik sampai rumah aku.

Ni pun sebab aku beli induction cooker...dapat la masak menu yang ambil masa panjang untuk masak. Dah sebulan dah aku beli dapur ni...masa gas habis hari tu memang pening la dok fikir jenuh nak angkat naik atas. Dah la rumah aku tingkat 3....lif pun takdak....

Masak guna gas atau induction cooker....bagi aku ada beza. Induction cooker beza dari segi masa untuk masak, kecepatan pemanasan periuk dan kuali dan dan tak panas di dapur. Walau pun dapurnya mahal, periuk dan kuali pun mahal tapi berbaloi la sebab aku dah tak payah lagi nak usung tong gas.

Masak-masak hari ni..aku masak spagetti tuna mamma Rosa. Diilhamkan dari resepi pelakon dan penyanyi Shasha Saidin... akak ipar Che Ta. Aku amik dari Majalah Rasa.

Dah banyak kali aku masak resepi ni...kira kena la dengan tekak aku. Yang paling penting ada ciri-ciri pedas cili api...Orang Itali makan mau menangis ni....

Bahan-bahan.

1 peket spagetti - rebus sampai masak
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincangkan
8 biji tomato  merah- rebus,buang kulit dan potong dadu
4 biji cili api - hiris
1 tin kecil tuna - buang air atau minyaknya
1/2  sudu teh herba Itali - aku guna oregano
50 g cendawan butang dalm tin - hiris
Sikit minyak zaitun
Sikit garam
Sikit parmesan cheese - aku tak bubuh


Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang Holland seketika. Kemudian masukkan bawang putih. Sautekan. Lepas tu masukkan cendawan dan cili padi serta herba Itali . Kacau seketika. Baru la dimasukkan tuna dan tomato. Biarkan sampai tomato dan tuna masak . Kemudian masukkan garam dan spagetti .Kacau rata. Siap. Bila dah bubuh spagetti ni dalam pinggan baru ditabur parmesan cheese.

Thursday, 1 October 2015

Popia goreng



Krup krap bunyinya bila dimakan setelah selesai menggoreng.
Popia ni bukan popia biasa aku guna crap stik dan aku letak tauge yang dicelur dan carrot yang dipotong mancis. Nak bagi pedas tu aku buh cili merah hiris mancis jugak. Lepas tu balut la ngan kulit popia.. dah siap menggulung boleh la digoreng. Nak makan cicah la dengan sos cili...tak mau cicah sos pun sedap