Saturday, 29 August 2015

Menu masakan kampung

Hari ni aku aku ke pasar sabtu. Hajat dihati sejak dari rumah lagi aku nak beli pucuk paku rawan. Nak buat urap.

Bila dah sampai kat sana aku pun mula cari pucuk paku rawan ni dari penjual-penjual sayur kampung. Malangnya nasibku...hari ni tak ramai pulak peniaga yang menjual sayur-sayur kampung.

Yang banyak dijual ialah petai.  Ada jugak jering, sayur setangkih, selom, kangkung kampung, pegaga, nangka muda dan keladi, cili padi kampung dan pucuk paku.

Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Oleh itu aku beli pucuk paku.  Secekak berharga RM 2.00 dan satu lagi aku beli cili padi kampung sepiring RM 1.00.

Mula-mula memang berhajat nak buat kerabu. Tapi setelah ternampak peniaga jual ikan sungai. Pak cik tu ada jual ikan lampam...sebelum ni aku hanya tengok ikan lampam pekasam jer. Nak jugak rasa yang fresh. Aku beli 3 ekor dengan harga RM5.00. Besar-besar ikannya. Puas hati la beli.



 Segala menu berubah lagi. Ini yang dipanggil critical thinking..hehehe. pucuk paku tu aku buat masak lemak cili padi dan ikan lampam tu aku goreng garing-garing.










Masak lemak cili api

1 cekak pucuk paku - siangkan, cuci, celur dan toskan
10 biji cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis
1 batang serai - diketuk
Garam
Santan cair dan santan pekat

Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili padi  serta ikan bilis separuh hancur. Kemudian satukan bahan tumbuk, garam, santan cair sert serai di dalam periuk. Masak dengan api perlahan sampai mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku yang telah dicelur dan santan pekat. Biar mendidih sekali lagi..siap untuk dimakan.

Thursday, 27 August 2015

Cucuq dergheyan



Durian frozen dalam 2 ulas aku jadikan cucoq. Memang sedap terasa macam makan lempuk la... durian pun durian mahai D2. Ulas-ulasnya memang sedap. Isi pun kuning. makan seulas pun dah kenyang.

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil tepung gandum
2 ulas durian - ambil isinya
3 sudu besar gula
Sikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk goreng

Adunkan semua bahan kecuali minyak hingga sebati. Goreng dalam minyak terendam. Gorengkan sampai masak.

Wednesday, 26 August 2015

Nasi dagang



Bukan masak sendiri ye...yang ni orang lain masak. Aku tukang beli jer. Kawan aku yang jual.  Sebungkus harga RM4.50. Setakat boleh makan jela sebab aku tak tahan dengan kuah gulainya yang manis dan satu lagi jelatahnya terasa cuka. Not my taste... sorry to say tekak aku tak boleh terima...masakan yang manis.


Sunday, 23 August 2015

Penang fried koay teow



Hari ni aku masak menu yang sangat mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Rindu pada Penang negeri kelahiranku menjelma kembali walaupun baru jer minggu lepas aku balik....hahaha.

Yang ni resepi olahan aku sendiri setelah makan dari kedai-kedai makan. Bagi aku bila makan Penang fried koay teow ni bahan-bahan nak masak tu memainkan peranan yang sangat penting.

Mesti ada bau bawang putih yang kuat disamping bau udang yang digoreng dengan bawang putih. Udang pulak tak kira la udang tu kecil ke besar ke....udang tu mesti udang segar. Lepas tu api nak masak mesti besar dan kena pantas masa masak. Untuk satu hidangan kecil masa yang diambil untuk masak mestilah kurang dari 3 minit.

Untuk memudahkan proses nak masak 3 minit ni....bahan-bahan mestilah telah siap disediakan lebih awal. Letak la bahan-bahan ni dekat dengan dapur korang supaya mudah untuk tangan korang capai.

Penang fried koay teow ni aku makan dengan keropok sotong. Bila makan macam ni teringat masa aku makan breakfast kat Danau Toba,Medan, Indonesia. Makan apa pun kat sana mesti ada keropok.

Yang bestnyer tauge yang ada dalam masakan ni adalah berkat usaha aku tanam sendiri yer. Perasan tak tauge aku tu comel-comel jer....hahahha,.Nanti aku pos cara nak buat tauge. Kucai bukan rahsia lagi memang aku petik di balcony garden.




Bahan-bahan untuk sorang makan

1 mangkuk kecil koay teow
2 ulas bawang kecil - ketuk dan hiris
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos tiram
6 ekor udang
1 biji telur
Sikit kicap lemak manis - ikut korang nak hitam mana
Sikit tauge
Sikit kucai
Minyak

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Gorengkan hingga sikit kuning.Kemudian masukkan udang.Gaulkan dengan bawang putih dan biar sampai kulit udang bertukar warna. Letakkan ditepi kuali. Tambahkan sikit minyak lagi tumiskan cili kisar. Biar sampai pecah minyak kemudian masukkan sos tiram, koay teow,kicap. Seterusnya gaulkan. Kemudian pecahkan telur biar sampai telur masak.Gaulkan dengan pantas dan tabur tauge. Gaul rata. Tutup api. Makan panas-panas.








Saturday, 22 August 2015

Nasi lemak sambal bilis petai


Awal aku bangun hari ni...pukul 9 pagi aku dah mula masak kat dapur. Dari malam semalam lagi aku nak makan nasi lemak. Jadi aku pun buat la nasi lemak untuk breakfast, lunch dan dinner. Senang kan....
Nasi lemak ni aku tak bubuh banyak santan. Aku bubuh sikit saja. Aku tak nak la menternak lemak. Yang penting kan aku nak bau nasi lemak tu yang penting. Ada bau aroma daun pandan dan serai.

Sambal pulak aku masak sambal ikan bilis petai. Mula tu aku nak masak sambal bilis jer. Kemudian terpandang pulak petai frozen dalam peti ais. So apa lagi dah alang-alang cuti ni elok la masak. Sekurang-kurangnya toilet aku jer yang harum...hihihi.

Kemudian aku goreng pulak filet ikan dori yang telah diperap dengan serbuk kunyit, garam dan black pepper.


 
Bahan-bahan nasi lemak

2 cawan beras - cuci dan toskan
3 ulas bawang merah - hiris
1 batang serai
1 inci halia - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpulkan
1/4 cawan santan
1 3/4 cawan air
1 batang kulit kayu manis
Sikit garam

Campurkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk. Tanak sampai beras masak.


Bahan-bahan sambal tumis bilis petai

1 mangkuk ikan bilis - gorengkan
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili kering
1 keping asam keping
Petai secukupnya
Gula secukup rasa
Sikit garam
Sikit belacan
Sikit air
Minyak untuk tumis

Blendkan cili kering, bawang merah, belacan dan bawang putih. Kemudian tumiskan bahan blend tadi sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan air, asam keping, garam dan gula. Renehkan hingga kuah sikit pekat dan masukkan petai.biar sampai petai masak dan kuah pekat lagi.Lastly masukkan ikan bilis.






Friday, 21 August 2015

Kembang lagi


Hari yang memenatkan.

Tengok ros kampung aku dah kembang ni hilang la sikit kepenatan aku ni. Semerbak jer bau kat balcony garden aku bila ros dan melur kembang. Wangi sangat.



Thursday, 20 August 2015

Cucur bilis berjagung

Petang tadi selepas balik sekolah aku terus ke pekan untuk beli barang-barang dapur yang dah nak habis.

Walaupun dah ada senarai barang yang aku nak beli tapi tak tahulah kenapa aku asyik dok pusing-pusing dalam kedai tu seolah-olah aku tak tahu nak beli apa.

Senarai ada di tangan tapi serba tak kena. Lepas dah ambil barang aku letak balik. Lepas tu pusing-pusing. Lepas tu aku ambil balik barang yang aku letak tadi.

Aku rasa ni la pertama kali aku dok buang masa tak tentu hala kat dalam kedai.

Aku beli tepung gandum, ikan bilis dan ada lagi barang-barang yang lain. Dua barang yang aku sebut ni sebut tadi tu sebab aku nak buat cucoq ikan bilis berjagung..

Jagung frozen ayah aku tu masih ada lagi. Jadi menyucoq la aku hari ni.



Bahan-bahan

1 mangkuk tepung gandum
1 genggam isi jagung
1/2 genggan daun kucai
1 batang cili merah
Sejemput ikan bilis
Sikit serbuk kunyit
Sikit garam
Air secukupnya

Gaulkan semua bahan-bahan di atas dengan air secukupnya. Biarkan seketika dalam 15 minit. Lepas tu goreng terendam sehingga masak.

Wednesday, 19 August 2015

Ayam goreng sayur



Asalnya hari ni aku nak masak ayam masak halia. Tapi kan bila aku buka peti ais teringat ada carrot dan cendawan shitake yang belum habis-habis lagi stok.

Jadi resepi ni aku tak tau nak bagi nama apa. Mungkin ayam goreng sayur sesuai kot. Lagipun sekali pandang  jer nampak lebih banyak sayur dari ayam. Sebabnya ayam tu seketul jer...

Dah siap goreng ayam goreng sayur aku goreng pulak ikan masin garing-garing. Aku nak makan dengan kicap lemak manis Jalen.

Bahan-bahan

1 ketul ayam goreng
1/4 batang carrot - hiris
4 butang cendawan shitake - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
4 tangkai cili padi - ketuk
1 inci halia
1 sudu besar sos tiram
Sikit air
Minyak

Tumiskan bawang putih, halia dan cili padi sampai wangi. Masukkan carrot dan sikit air. Kemudian masukkan cendawan shitake dan sos tiram. Biar kuah pekat kemudian barulah masukkan ayam dan gaulkan.

Monday, 17 August 2015

Kucai oh kucai.....

Ahli baru geng balcony garden....kucai. aku beli pokok kucai ni di Sungai Tinggi. Harga 1 polibeg RM3.50. Murahkan. Disebabkan murah la aku beli sampai 2 polibeg.

Lepas ni senang la nak masak koay teow goreng ke...nak buat char koay teow ke atau nak buat cucur udang ke cucur jagung ke...boleh ambil jer dari balcony garden kan.

Masa beli siap mak cik yang jual ni bagi tips yang aku kira sangat penting. Katanya baja guna kompos sawit, boleh jugak guna baja daun, kalau nak ubah pokok..potong daunnya baru ubah ke pasu yang baru.

Aku beli dua polibeg pokok kucai..satu jenis daun kecil dan satu lagi daun besar. Bila balik baru terasa tamaknya beli banyak-banyak.


Kucai daun kecil



Kucai daun besar



Sardin masak asam


Sesekali makan sardin best la pulak. Tambah lagi dapat dengan nasi panas-panas.

Masa aku kecik-kecik...bila mak aku masak sardin aku sangat la suka..sebab akan ada telur dadar goreng dan juga ikan bilis goreng. Alahai sedapnya.

Pilihan tin sardin sudah semestinya Ayam Brand. Jika ada lebihan sardin yang aku masak, aku akan sejukbekukan.  Lepas tu aku akan masak nasi goreng sardin ataupun aku buat inti karipap campur dengan kentang.

Bahan-bahan

1 tin sedang sardin
1 labu bawang besar - hiris
5 biji cili padi - ketuk
1/2 inci halia - ketuk
Sikit air asam jawa
Sikit minyak

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga sikit layu. Kemudian masukkan ikan sardin dan sosnya, halia, cili padi dan air asam jawa. Renehkan hingga kuah sedikit pekat. Tak perlu tambah garam. Bila dah mendidih tu bolehlah diangkat.


Sunday, 16 August 2015

Stempower by SKII

Aku adalah pengguna setia produk penjagaan kulit jenama SKII.  Rasanya dah 6 tahun aku guna produk SKII.

Hari ni aku nak cerita sikit tentang produk pelembab jenama ni  yang aku guna. Dah dua minggu aku bertukar dari pelembab SKII Treatment Milk kepada SKII Stempower.



Stempower merupakan produk anti penuaan yang telah meraih pelbagai penghargaan antarabangsa.  Pelembab yang lembut dam mudah diserap serta tidak berminyak ini membantu melawan pelbagai tanda penuaan.

Diformulasikan dengan kombinasi anti penuaan Stem-Acanax dan Pitera, Stempower membantu menjaga ketahanan kulit, membantu mengurangi kedutan dan menganjalkan kulit.

Dalam tempoh 10 hari pengguna akan dapat merasa perubahan kulit secantik 10 tahun yang lalu. Dalam tempoh 2 minggu pula kulit akan terasa anjal.

Disebabkan  manfaat yang pelbagai dari Stempower ni...eloklah dicuba lagipun makin hari kulit makin hilang keanjalan seiring peningkatan usia.


Rupa aku setelah 2 minggu guna Stempower.



Tengok...my sweet little baby boyfriend, Naim pun teruja dengan Stempower. 

Friday, 14 August 2015

Pertandingan reka cipta

Pertandingan reka cipta inovasi dari bahan kitar semula telah diadakan pada hari Khamis baru-baru ni.  Wakil dari setiap sekolah seramai 4 orang dihantar untuk menyertai pertandingan ini.

Ini wakil pelajar dari sekolah aku.. dari kiri Aidil, Ammar, Mukrim dan Firdaus.







Ini pula bahan yang telah siap direka oleh mereka. Bekas Mr.Potato dah jadi bekas isi pen yang sangat menarik dan cantik.



.Walaupun sekolah aku gagal untuk menang tapi itu semua kan adat pertandingan. Mereka semua tetap menang dihati aku. Mereka semua telah menunjukkan komitmen yang tinggi, berdaya usaha.

Sampaikan malam-malam sebelum pertandingan siap WhatsApp aku tanya itu dan ini.

Kat bawah ni pulak antara barang- barang kreatif yang dihasilkan dari sekolah-sekolah lain.






Thursday, 13 August 2015

Ceaser salad and sausages sandwich



Menu hari ni yang simple jer...roti sandwich sosej dan ceaser salad.

Umtik roti aku guna roti Gardenia bran and wheatgerm. Aku bubuh sos cili Jalen sebagai base..sosej tu aku grill jer tanpa minyak. Lepas tu aku kerat kecik-kecik. Susun atas roti, bubuh sos cili lagi. Last sekali aku tangkupkan dengan sekeping lagi roti di atasnyer.

Untuk ceaser salad pulak. Aku beli yang readymade jer. Aku beli kat Aeon. Dalam bekas tu ada baby romaine lettuce, cruton dan ceaser dressing. Gaulkan semua bahan-bahan dan sprinkle sikit black pepper. Kalu nak tambah parmesan cheese pun ok..tapi aku lupa nak beli.

Wednesday, 12 August 2015

Masak lemak kobis




Mak aku masa hayatnya suka masak lauk sayur ni. Selalunya mak aku akan gorengkan ikan garing-garing tak pun mak aku akan goreng ikan gelama masin. Lepas tu sambil tunggu nasi masak...mak aku akan memulakan operasinya menumbuk sambal belacan.

Apabila nasi dah masak, sambal belacan pun dah siap ditumbuk siap dikaut ke dalam mangkuk. Lebihan sambal yang ada di dalam lesung batu akan digaulkan nasi yang baru masak still berasap-asap ditambah pula dengan ikan masin yag dipatah-patahkan ke dalam lesung. Digaul semua bahan-bahan tadi.

Dan aku akan tunggu depan mak aku sambil nganga mulut. Itu la nostalgia antara aku dan mak..aku rindu saat itu.

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil kobis - hiris
1/4 batang carrot - hiris
4 biji cili padi - hiris or ketuk
1/2 biji bawang besar - hiris
Sikit udang
Sikit serbuk kunyit
Sikit santan
Garam
Minyak masak

Panaskan sikit minyak. Tumiskan bawang besar, cili api, carrot dan kobis sera serbuk kunyit.kacau sampai la kobis dan carrot empuk. Kemudian masukkan udang dan santan serta garam. Kecilkan api..biar sampai mendidih. Lepas tu angkat.

Tuesday, 11 August 2015

Cucur jagung berudang

Ayah aku suka menanam di kebun sekangkang kera di belakang rumah kami di Penang. Macam -macam ayah aku tanam. Masa balik cuti raya aku tengok ada jagung, kacang kelisa, bendi, limau kasturi banyak buahnya.

Jagung 2 tongkol yang ayah bagi aku kopek isinya dan sejuk bekukan. Setelah hampir 3 minggu. Maka aku merajinkan diri untuk membuat cucur jagung..

Bahan- bahan

1 mangkuk tepung gandum
1 cekak daun kucai
1 tangkai cili merah
Sikit tauge
Sikit udang
Sikit garam
Dan sikit serbuk kunyit
Air secukupnya

Gaulkan semua bahan- bahan di atas. Masukkan air secukupnya. Gaulkan adunan tadi. Kemudian rehatkan adunan dalam 10 minit. Kemudian gorengkan sehingga masak.




Monday, 10 August 2015

Ikan bilis pedas


Tekak ni teringin nak makan ikan bilis...nak makan pedas-pedas sebab aku nak makan tanpa kuah.

Jadi ikan bilis tu dalam 1 genggam aku cuci sampai bersih dan toskan airnya. Lepas tu aku gorengkan ikan bilis tu sampai la garing dan aku angkat.

Lepas tu aku kupas kulit 3 biji bawang putih, 1/2 biji bawang besar, 7 biji cili padi dan sikit belacan. Aku guna belacan Melaka ada stok yang baru aku dapat dari member aku. Semua bahan-bahan tunaku tumbuk. Tumbuk jangan sampai hancur.. sekadar semua bahan mesra dalam lesung batu dah kira memadai.

Bahan yang dah siap ditumbuk tu korang tumis la dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi. Goreng sampai pecah minyak dan bau harum. Baru la masukkan ikan bilis..gaul rata dan angkat. Tak payah bubuh garam yer sebab ikan bilis dan belacan dah cukup masinnyer.

Aku makan ikan bilis pedas ni dengan nasi putih kukus...tu jer dah cukup buat aku meleleh ayaq lioq....

Friday, 7 August 2015

Mee maggi jer

Meh ler kita layan mee maggi..cepat dimasak mudah dimakan.
Mood malas masak menjelma lagi...sebab mengantuk la. Semalam aku layan Running Man sampai jam berapa pun tak tau la.

Mee maggi ni aku rebus dulu sampai la mee tu kembang. Pastu aku toskan dan alirkan air. Kemudian baru aku didihkan air bersama perencah kari, sayur carrot, kobis dan cili api. Rebus la sampai mendidih dan sayur tu empuk. Lepas tu masukkan la maggi tadi dan aku buh daun kucai sikit. Bagi la mendidih lagi. Pastu angkat dan makan.

Kalau nak tambah telur ke, fishball ke sausage ke, ayam ke udang ke...tofu ke...ikut tekak korang la...mee maggi versi aku ni versi sempoi kemalasan...hahaha


Monday, 3 August 2015

Damask rose

Monday blues.....takda mood nak tulis. Still demam, sakit kepala dan selsema.

Korang layan jela sekuntum lagi damask rose aku yang bloom hari ni.


Saturday, 1 August 2015

Nasi goreng bahan frozen



Hari ni misi aku ialah untuk mengabiskan lebihan makanan yang aku telah sejuk beku kan. Makanan yang tak habis dimakan kan membazir kalau buang...habit yang tak baik tu..Allah marah..Hehe sebenarnya aku terpengaruh dengan kak Mynn Salam Dua Benua..makanan yang lebih tu kak Mynn akan simpan.Dia ada magic freezer kat Perth...aku hanya ada ruangan peti ais jer...hehehe..apa-apa jela...Yang penting niat tak mau membazir tu penting...

Yang ada dalam magic peti ais aku ialah...Yang pertama ialah lebihan nasi, ayam goreng dan sambal nasi lemak.

Jadi untuk merealisasikan impian aku tu...aku telah guna kan semula bahan-bahan tu untuk masak nasi goreng. Jadi lepas makanan tadi dah keluar dari peti ais...aku nyah bekukan la.

Lepas tu baru la aku mula masak. Aku hiris bawang merah dan bawang putih..lepas tu aku tumis. Aku masukkan sambal nasi lemak dan goreng sekejap..masukkan la sayur-sayur. Aku buh carrot, ayam goreng (aku carik kasar), cili padi (aku ketuk dengan belakang pisau) dan kobis..goreng la sekejap. Kemudian baru la aku bubuh nasi, kacang gajus (dah siap goreng)..last aku bubuh tokyu aka kicap ckit...walla siap.

Nasi goreng ni aku makan dengan ikan kering gelama  dan ikan bulu ayam serta berulamkan daun salad segar. Lengkap sudah menu hari ni.