Friday, 31 July 2015

Bunga-bunga Syawal

Bunga-bunga di balcony garden berkembang mekar. Semuanya berkat zat-zat yang pokok-pokok bunga ni dapat sepanjang Ramadan yang lalu.

Treatment yang mereka ni dapat selain baja yang pelbagai...aku bekalkan mereka dengan siraman air basuhan beras dan air dari darah ikan..setiap hari.

Korang lihatlah hasilnya...biar gambar bercerita


Peachy rose



Bunga melur


Rose kampung


Rose jepun


Rose kampung sudut dinding





Wednesday, 29 July 2015

Mee sup...




Hari ni aku tak berapa sihat....demam, sakit kepala dan selsema.. dah lama tak sakit..bila dah sakit tu memang takda mood nak buat apa-apa pun..badan pun sakit jer.

Mood masak pun ke laut la. Selsema dan demam macam ni elok la makan benda-benda yang panas dan dapat hilangkan sengsara hidung ni..sup jela yang boleh layan.

Jadi aku masak sup ayam makan dengan mee. Sambal kicap aku tak buat sebab takda stok cili padi. Chili flakes pun takdak. Jadi aku makan macam tu jela.. dah lama tak makan sup...sedap la pulak.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
2 biji kentang - belah 6
1 batang carrot - potong
2 sudu besar rempah sup adabi
1 sup bunjut adabi
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - ketuk
1 biji baqang besar - belah 6
1 sudu kecil serbuk kunyit
daun bawang
daun sup
rempah tumis (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih)
Garam
mee - dicelur dengan air panas
air secukupnya
minyak masak

Panaskan minyak.Tumiskan bahan yanh ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air, ayam,sup bunjut, halia,rempah sup, serbuk kunyit dan kulit kayu manis. Renehkan hingga mendidih dan ayam kecut. Kemudian masukkan bawang besar, kentang dan carrot. Renehkan lagi hingga ayam masak dan kentang serta carrot  empuk. Barulah taburkan daun bawang, daun sup serta garam.. siap.

Kalau nak makan dengan sambal kicap. Korang blendkan cili padi, kicap manis,sikit kuah sup dan bawang putih.


Tuesday, 28 July 2015

Si telang biru



Si telang biru ni benihnya aku ambil tahun lepas. Waktu tu aku dengan kawan-kawan aku mengawasi student kami yang sedang melakukan latihan merentas desa.  Aku tengok si telang biru ni menjalar di sepanjang pagar di tepi sungai dan bunganya tiada siapa yang ambil. Benih yang dah kering pun banyak.

Aku ada ambil beberapa pod biji benih..kononnya nak tanam lepas ambil..tapi tahun ni baru aku tanam. Masa buat lagi latihan merentas desa tahun ni...si telang biru ni masih lagi setia menjalar di sepanjang pagar. Kali ni aku hanya ambil bunganya saja..balik rumah terus buat sirap telang....memang sedap.

Setelah terperap benihnya selama setahun..aku pun semai la beberapa benih dalam bekas self watering recycle mineral water. Dalam banyak-banyak benih tu hanya 1 jer yang berjaya meneruskan kehidupan.

Jadi hari ni setelah menunggu dari kelmarin lagi..akhirnya si telang aku telah mengeluarkan bunganya..walaupun hanya sekuntum...hatiku berlagu girang....



Monday, 27 July 2015

Lontong sayur lodeh untuk Tikah





Menu kenangan hari raya keempat. Aku masak lontong sayur lodeh resepi dari Dato' Chef Wan khas untuk anak saudara aku kesayanganku...Atikah.

Aku pi market pun senang jer ajak dia...yela dah dia nak makan mesti la dia ikut. Kalau takda kepentingan...jenuh la nak ajak dia pi. Faham-faham jela time raya macam ni bukan semua kedai yang buka. Kadang-kadang benda yang aku nak tu takda la pulak...walau semua ceruk market aku dah jelajah.

So....3 kedai la aku pi hari tu. Dashyat betui la bila aku ingat-ingat balik. Anak saudara aku relaks jer tak terkata apa...hahaha...love u Tikah.

Jadi balik dari semua tempat tu..pak cik aku mai kat rumah. Dia mai sebab nak ambil daun kari dan daun limau purut. Aku tak tanya la pulak dia nak masak apa...tapi pak cik aku pulak yang tanya aku nak masak apa..bila aku cakap nak masak sayur lodeh dia dah kerut dahi...aku cerita la rupa sayur lodeh...pal cik aku kata lontong....phew....oh yaa memang lontong.

Lontong aka sayur lodeh ni bukan makanan yang familiar bagi orang Penang....makanan ni lebih pemes di Johor. Jadi pak cik aku memang pelik macam mana Tikah nak minta aku masak. Tikah kata dia makan kat sekolah cikgu dia yang berasal dari Johor yang masak...

Jadi hari tu maka terhasillah  lontong sayur lodeh yang dimasak oleh cikgu Penang mari....hehehe...diganding pulak dengan sambal udang..memang terbaik...

Bahan-bahan

1 liter santan
300 g udang basah
10 ulas bawang merah (kisar)
2 batang serai - kisar
1 cm halia - kisar
1 cm lengkuas -kisar
8 biji buah keras -kisar
10 tangkai cili merah - kisar
1 cm kunyit hidup -kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar - kisar
2 sudu kecil belacan - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
60 g udang kering - kisar
10 batang kacang panjang ( potong 1 inci)
3 keping tauhu goreng ( dadukan)
4 keping tempe goreng (dadukan)
150 g kobis (hiris halus)
30 g suun
2 helai daun limau purut
garam

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar  dan daun limau purut hingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan cair, sayur-sayur dan biar hingga semua sayur empuk. Kemudian masukkan tempe dan tauhu goreng. Lagi 10 minit sebelum dihidang masukkan udang, suun dan garam. Biar mendidih...siap.

Friday, 24 July 2015

Kerabu kaki ayam



Aku pernah makan kerabu kaki ayam kat Perlis. Sedap sebab orang Patani yang masak. Tapi yang jadi tak sempoi tu bila kuku kaki ayam tak dipotong. Haiyooo....geli pun ada wei...terpaksa la aku pulak yang potong dan buat-buat tak nampak masa nak makan tu.


So memandangkan ada kaki ayam aku memang dah berangan nak buat kerabu. Versi aku la tapi yang semestinya kuku kaki ayam tu dah siap-siap dipotong oleh penjual ayam.


Bahan-bahan aku cuma guna yang ada dalam stok peti ais ajer...
Daun sup, tomato, bawang besar, halia,cili padi. Semua bahan-bahan aku sebut tadi tu hiris halus yer.


Kaki ayam pulak dah cuci bersih aku rebus dengan sikit air, sikit garam dan sikit jus limau kasturi. Aku buat macam ni sebab aku nak bagi rasa kat kaki ayam tu..so takdala rasa kaki ayam tu terasa kosong jer. Bila kaki ayam tu dah empuk...bolehla siat-siatkan isi dari tulang.


Lepas tu aku gaul la semua bahan yang siap hiris tu dengan kaki ayam tu. Aku tambah sikit garam dan perahan jus limau kasturi. Limau kasturi ni amik kat kebun...ayah aku tanam. Dah siap gaul boleh la makan..

Thursday, 23 July 2015

Selamat Hari Raya 2015

Selamat menyambut  Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog aku yang tak seberapa ni.

Sambutan raya tahun ni sederhana saja seperti tahun-tahun yang lalu. 

Aku balik Penang sehari sebelum hari raya. Aku bertolak lepas Subuh jadi jalan dari rumah aku ke Tol Changkat Jering masih lagi belum banyak lagi kereta. Lepas naik highway kenderaan mulai banyak namun masih lagi lancar. Begitu juga bila aku sampai kat tol Jambatan Pulau Pinang...kenderaan masih lagi tak banyak. Jadi cepat la aku sampai kat rumah keluarga aku.

Sampai saja aku terus menyibukkan diri tolong apa-apa yang patut. Antaranya aku tolong buang kulit ayam..3 ekor wei..banyak tu. Lepas tu cuci gelas dan bekas kuih. 

Petang sikit baru la aku mula masak untuk juadah buka puasa. Lepas tu sediakan bahan untuk masak kuah kacang dan rebus nasi impit. Kak ipar aku pulak sibuk dok balut ketupat daun palas  dan masak gulai daging. Sebelah malam pulak aku siap-siap sediakan pes ayam masak merah untuk juadah istimewa hari raya kami...dimakan pula dengan nasi tomato dan jelatah timun nanas.

Sebelah pagi sebelum ke masjid untuk solat hari raya...kak ipar aku masak pulak bihun goreng...tak pedas langsung tapi sedap la pulak. Anak lelaki dia umur 5 tahun tak suka makan pedas.

Aku lupa nak ambil gambar jadi aku hanya sekadar bercerita jela...tapi aku cuma ada sekeping gambar yang menunjukkan juadah kami masa hari raya.


Wednesday, 15 July 2015

Rendang ikan tongkol



Masakan terakhir di sini sebelum balik kampung. Masak pun dah dalam mood raya jer. Buka radio pun asyik dok main lagu raya jer.jalan raya pun dah stat sesak. Semak pulak masa aku pi pekan tengah hari tadi.

Untuk hari yang terakhir ni..nak habiskan stok yang ada kat dalam peti ais. Aku wat masak rendang ikan tongkol, goreng ikan dan ayam goreng serta goreng sayur bendi.

Masak rendang ikan ni...bahan -bahan dia sama macam nak masak rendang ayam. Perlukan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup,cili kering, santan, kerisek, daun limau purut, daun kunyit (aku tak boh sebab tak tanam kat balcony garden aku), asam keping , serai dan garam.

Kisarkan semua bawang, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai dan cili kering. Kemudian tumiskan bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Pastu masukkan ikan,santan,asam keping, daun limau purut dan kerisek. Renehkan hingga kuah pekat. Masukkan garam dan taburkan daun kunyit...siap sudah.

Monday, 13 July 2015

Ikan maaak sos




Ni menu aku semalam....ikan masak sos. Ikan aku guna ikan kerisi. Aku masak dalam mood campak-campak saja. Lantaran kesibukan yang melanda.

Bahan-bahan yang diperlukan
 2 ekor ikan - digoreng
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sikit carrot
sikit brokoli
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomtato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos hoisin
sikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan semua sos,carrot dan sikit. Biar mendidih dan kuah sikit pekat. Kemudian masukkan brokoli dan tomato. Kacau rata dan tuang atas ikan.

Saturday, 11 July 2015

Daging sos tiram



Menu ni menu campak-campak jer...dalam hati nak habiskan stok daging dalam freezer. Maklum la minggu depan dah raya...
aku tak nak la simpan lama-lama dalam peti ais tu

Jadi masakan ni jela aku terfikir. Dalam masa yang sama aku nak habiskan stok cendawan shitake.

Bahan-bahan

1 mangkuk daging
1/3 batang carrot - hiris
6 butang cendawan shitake - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia
1/2 biji tomato - hiris
Sikit daun bawang - hiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi. Masukkan daging dan goreng hingga daging masak dan sikit garing. Kemudian masukkan carrot. Biar sampai carrot masak. Lepas tu masukkan pula cendawan shitake, sos tiram, dan kicap manis. Gaul rata. Kemudian masukkan pula daun bawang dan tomato. Gaul lagi dan angkat.

Friday, 10 July 2015

Menu berbuka puasa





Hari ni susah betul nak fikir nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. Setelah puas belek buku-buku resepi aku decide nak masak ikan tauchu la.

Resepi dia
 Ikan - goreng
1 bungkus tauchu
1/2 cawan air asam jawa
1/2 batang timun - potong kecil
1 sudu teh gula pasir
 3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih -hiris
2 biji cili merah -  belah 2 (aku tak bubuh sebab takda kat kedai)
1 labu bawang besar - potong
1/2 biji tomato - potong

Tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan air asam jawa, gula dan tauchu. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan  timun,cili, bawang besar, tomato dan timun. Renehkan hingga kuah pekat. Last curahkan kuah ni kat atas ikan yang dah siap digoreng.




 Memandangkan aku ada beli cendawan shitake masa pi Giant semalam aku nak buat goreng dengan brokoli dan carrot.

Bahan- bahan
 1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Cendawan shitake - hiris
carrot - hiris
brokoli - hiris
2 sudu besar sos tiram

Tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi. Kemudian masukkan carrot dan sikit air. Biar seketika. Kemudian masukkan brokoli dan cendawan shitake serta sos tiram. Gaul rata..gaulkan hingga brokoli dan cendawan shitake masak.Sedia untuk dihidang.



Kemudian pening pulak nak fikir nak goreng ikan pekasam ke rebus telur itik masin...last-last aku pilih ikan pekasam. Ikan pekasam ni aku goreng macam tu. Kalau nak lebih sedap boleh la goreng bawang merah dan cili padi. Lepas tu perahkan jus limau kasturi or limau nipis.



Untuk dessert pulak aku ada beli kek gulung..marble roll cake. Kurma tu pulak untuk makanan pertama untuk makan. Sunat yer..



Minum pulak jus oren Sunkist dengan gelas berkaki free.




Lengkaplah sudah juadah untuk berbuka puasa...

Thursday, 9 July 2015

Murtabak megi



Pabila aku nak tulis pasal murtabak megi..tiba-tiba aku teringat pulak kat budak dalam iklan Maggi...cute la budak tu banyak betul dia cakap dalam iklan tu sampai mak dia tak sempat pun nak jawab. Budak tu jugak membintangi iklan raya tahun lepas...asyik cakap 'maaf ayah'....punyalah nakal..

Resepi murtabak megi ni aku stat tengok Shahriah Masterchef pos kat blog dia. Lepas tu aku tengok Azlita Masam Manis pun buat jugak. Last sekali aku tengok Chef Hanieliza pulak masak kat rancangan Nona...dah bertahun dah la hehe...rasanya dua kali kot aku masak resepi ni.

Rasa mengancam sebab megi ni disaluti telur, sayur-sayur, ada sikit hint rempah, pedas sikit-sikit...memang best makan dengan sos cili...

Bahan-bahan

1 bungkus mee maggi - rebus dan toskan
4 biji telur
1/2 labu bawang besar - cincang
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh perencah maggi
sikit lobak merah - dadu
sikit kobis - hiris panjang
sikit daun bawang
minyak
sikit garam

Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati. Panaskan sikit minyak, tuangkan adunan tadi. Masak dengan api perlahan hingga masak dikedua-dua belah.

Monday, 6 July 2015

Nasi goreng cina special






Sakit perut dalam bulan puasa bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.Ditambah lagi jika mengalami cirit birit...inilah dugaan...tak tahu dimana silapnya.

Disebabkan asyik ulang alik ke tandas je smpai aku rasa tak sedap badan haa...letih wei.

Masak pun dalam keadaan takda mood...jadi nasi goreng jela santapan untuk berbuka hari sebelumnya.

Resepi ni aku amik dari Azie Kitchen kalau tak salah aku la. Dia kata resepi asalnya dari seorang selebriti tapi akak Azie tak pulak cakap sapa la pulak.

Tapi aku ada derhaka sikit, carrot aku hiris, aku tambah sikit hirisan cili padi. Aksesori pulak aku goreng telur mata dan ikan bilis...


Bahan -bahan
1 mangkuk nasi sejuk
1-2 sudu besar mentega
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
1 sudu besar lada sulah
2 biji telur
isi ayam - potong kecil
udang secukupnya
carrot - didadu
cili padi - hiris
daun bawang -hiris
kobis - hiris panjang
minyak masak
minyak bijan

Gaulkan nasi dengan mentega.ketepikan.
panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
Masukan isi ayam, carrot dan sikit air.kemudian masukkan cili padi,udang lada sulah dan telur. Kacau sampai telur masak. Masukkan pula garam, sikit gula dan nasi.Akhir sekali masukkan kobis, daun bawang. Masak hingga sayur layu.






Gulai ikan duri







Orang Penang memang tak boleh dipisahkan dengan kari.. paling penting tu kari tu tak terlalu cair dan terlalu pekat. Menu ni aku masak tuk berbuka pada hari Ahad...lewat sehari disebabkan kemalasan yang melanda.

Bahan - bahan nak masak

1 ekor ikan duri
1 bungkus rempah kari ikan - gaulkan dengan air
3 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 cawan air asam jawa
5 biji bendi
1 biji tomato -belah 6
minyak masak, garam

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari hingga garing. Masukkan rempah kari. Biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa dan bendi. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan ikan, tomato dan garam. Renihkan dengan api kecil sampai ikan masak. Sedia untuk dihidang.

Makan dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam- ulaman memang terangkat.


Saturday, 4 July 2015

Udang goreng kunyit




Udang oh udang...besarnya kau..udang yang besar-besar aku lebih suka masak yang simple saja..goreng kunyit aje. Sebab udang besar udang fresh ni bagi aku tu jer masakan yang sesuai untuk rasa kemanisan udang tu.

 Sepupu aku dok sebelah rumah kami kat kampung aku di Penang. Dia ni suka pi menjala dan memancing. Dari aku kecil sampai la sekarang, dia suka bagi kami ikan...kadang-kadang tu ikan pari, ikan jenahak, ikan kerapu, ikan gurut-gurut. Kalau dapat lebih dia akan jual. Bukan setakat ikan jer...udang pun sama jugak. Dari saiz sederhana smpai la ke saiz yang besar.. memang puas hati la...

Ok bahan untuk masak udang goreng kunyit

1 kilo udang besar
2 biji bawang besar- kisar
3 biji bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 biji cili merah - hiris
1 tangkai daun kari
sikit daun bawang dan daun sup
garam

Panaskan minyak tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan udang goreng, serbuk kunyit, daun kari dan garam. Goreng sampai udang masak. Taburkan hirisan cili merah, daun bawang dan daun sup. Siap.

Thursday, 2 July 2015

Kailan ikan masin





Sayur kailan ikan masin ni..entri tertinggal yer.. kesibukan melanda menyebabkan aku tak sempat nak pos entri ni.

Sayur kailan ni aku masak pada hari Rabu. Sayur ni memang feveret aku. Aku paling suka makan dengan nasi panas-panas dan ikan goreng, sambal kicap dah cukup membuatkan aku kecur air liur...phewww..

Lagi satu...aku suka letak halia bila aku goreng sayur ni..bau dia mengancam la..dulu masa aku dok sekolah lagi aku suka beli majalah hiburan...URTV dan Media Hiburan..Majalah dulu-dulu tu ada ruangan masakan artis...artis Safura aku belajar masak ketupat goreng..katanya resepi dari Khadijah Ibrahim. Fauziah Latiff ada slot berpantang. Aku suka tengok menu-menu yang dia makan masa pantang...nampak sedap jer..dari Kak Jee ni la aku ctry masak kailan dengan bubuh halia.

 Selain itu ada jugak ruangan penjagaan peribadi selebriti antaranya Normala Samsuddin..banyak betul minyak wangi dia. Waheeda wassini pulak aku teruja tengok perfume Jlo dia...sekarang aku pun ada koleksi Jlo..kih kih..Amy Mastura pulak aku teruja tengok penjagaan kulit brand Dermalogica dan koleksi gelas or mug Hard Rock Cafe...masa adik aku pi Jepun dia ada beli gelas Hard Rock Cafe..tapi untuk kawan dia..kat aku beg cap HRC jugak la...cantik.

Zahida Rafik pun macam Normala Samsuddin jugak ada pelbagai koleksi perfume...aku teruja pulak dengan brand Victoria Secret...coming soon. Kemudian si Maya Karin pulak buat aku teruja nak mengamalkan jamu kunyit asam yang mak dia buat..siap ada resepi lagi...dan satu lagi dia guna produk-produk Mustika Ratu...aku cari pulak kat Mydin masker bengkoang, peeling mundisari, masker alpukat dan air mawar.. jadi sedikit sebanyak mereka-mereka yang aku sebutkan tadi mempengaruhi aku...kah kaha kah.

So dah habis sesi flashback memory. Sekarang kita kembali ke alam nyata.

Nak masak sayur ni..mesti la ada kailan naa..
Aku beli 3 pokok yang gemuk-gemuk.
Halia dalam 2 inci..hiris halus
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 1 ulas
Cili kering 4 biji..kerat 1 inci
Sos tiram 1 camca besar
Ikan tenggiri masin 2 potong

Cara nak masak pulak
Panaskan minyak. Pastu tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian bubuh ikan tenggiri yang dah didadu sampai garing. Pastu masukkan cili kering. Gorengka dalam 1 minit dan masukkan kailan serta sos tiram. Gaul sebati boleh la untuk dingap..