Monday, 16 November 2015

Kangkung goreng belacan



Masak-masak membuatkan aku hepi. Tambah lagi bila masakan aku tu sedap dan mendapat pujian. Lagi la aku berkobar-kobar nak masak.

Kangkung aku beli kat pasar banyak la jugak.  Teringat resepi yang simple ni...simple memanb simple tapikan bila masak bau belacannya mengemboq satu rumah.


Bahan-bahan

1 cekak kangkung - potong ikut suka
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai cili  merah - hiris
Sedikit belacan
Sedikit garam


Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga naik bau. Kemudian masukkan belacan dan goreng hingga naik bau. Dah naik bau masukkan kangkung. Masak hingga kangkung masak. Taburkan sedikit garam jika perlu sebab belacan dah masin. Lepas tu boleh lah diangkat.




Sunday, 15 November 2015

Ikan siakap masak sos



Ikan bawal beli sekor. Sekor tu pun besar. Aku kerat 4. Untuk memudahkan kerja menggoreng dan membahagikan untuk makan lunch dan dinner.

Ikan bawal ni digandingkan pula dengan sayur kailan yang digoreng bersama carrot. Bertambah-tambah la aku makan.

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1  biji bawang besar -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
4 ulas bawang merah -kisar
1/2 inci halia - kisar
10 biji cili kering - kisar
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
1 tangkai cili merah - hiris
1 biji tomato - hiris
1 biji bawang besar - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
Sedikit kunyit dan garam

Perapkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang-bawang yang dikisar. Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Gorengkan hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan sedikit air, sos tomato dan sos tiram. Masak hingga kuah pekat. Masukkan ikan, daun bawang, bawang besar, tomato, cili merah. Gaul rata. Kemudian angkat.





Thursday, 5 November 2015

Mee kari

Masak mee kari ni sebab aku nak habiskan stok mee yang berbaki hari tu. Resepi pun simple jer... senang nak masak.

Ayam pulak aku guna ayam goreng jer...alasannya sebab aku taknak simpan stok ayam lagi. Cuti pun dah dekat.



Bahan yang diperlukan.... 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 1/2 inci halia. Bahan ni blend sampai halus. 2 tangkai daun kari, 1 keping asam gelugor/asam keping, rempah tumis, 1/2 biji tomato...daun saderi.



1/2 peket serbuk kari..bancuh dengan sikit air. 1 ketul ayam goreng, santan pekat 1 mangkuk kecil dan garam.




Sedikit sawi, tauge dan mee...mee lupa nak snap gambar. Celur semua bahan-bahan ni.

Cara-cara untuk memasak. Panaskan minyak secukupnya lepas tu tumiskan seketika rempah tumis sampai naik baunya. Kemudian masukkan bahan yang dikisar dan daun kari.  Kacau sampai naik bau. Lepas tu masukkan rempah kari. Biarkan sampai pecah minyak. Seterusnya masukkan santan, ayam, asam keping dan garam. Biar sampai mendidih. Masukkan tomato dan jirisan daun saderi. Siap.

Nak hidang....masukkan sedikit mee dalam mangkuk. Tuangkan kuah  dan susun sawi serta tauge.



Wednesday, 4 November 2015

Penang char koay teow




Udang aku beli ni 1/2 kilo harganya RM 19.00. Udang tu ada besar ada jugam yang kecik.

Keterujaan melihat udang ni setelah aku membeli sos char koay teow. Botol sos ckt ni ada 2 jenis...yang kecil 350g manakala yang besar 500g. Aku beli botol kecil jer.



Kemudian kat rumah pulak aku ada tanam kucai. Petik jela dari balcony garden aku tu.

Tauge pulak tak sempat nak buat sendiri. Jadi kedai mari la. Sama la jugak dengan telur...koay teow.



Bahan-bahan yang lain ada kat rumah...

Bahan-bahan

1 genggam koay teow
Udang secukupnya
Sedikit tauge
Sedikit kucai
2 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar cili kering
6 sudu besar sos char koay teow
1 biji telur - kacau rata
1/2 cawan air
Sedikit minyak

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan cili kering. Masak hingga pecah minyak. Selepas tu masukkan air dan sos char koay teow. Biar sampai mendidih. Seterusnya masukkan koay teow, kucai dan telur. Biar sampai telur hampir masak. Kacau rata. Baru la masukkan tauge dan gaul sekejap. Siap

Nak masak char koay teow ni api dapur mesti besar. Baru la sedap....hokaaay


Monday, 2 November 2015

Udang masak merah



Udang besar aku beli sepingggan dengan harga RM15.00. Alhamdulillah  udang tu masih lagi fresh. Nak masak kari atau sambal tumis aku dah jemu. 

Jadi aku masak la udang masak merah ni resepi mak aku? Kuah tu aku bagi kering sikit. Kalau nak berkuah...lebihkan saja air.

Bahan-bahan

1/2 kilo udang
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
20 biji cili kering
Sedikit garam dam minyak

Mula-mula kisarkan semua bahan kecuali udang. Kemudian tumiskan bahan kisar hingga pecsh minyak. Seterusnya masukkan udang dan garam. Kacau hingga udang masak. Siap.

Tuesday, 27 October 2015

Masak lemak cili api telur itik




Belum pernah aku masak. Belum pernah aku makan. Jadi cik google la jadi sumber rujukan aku. 

Telur itik ni aku beli 4 biji dengan harga 55 sen sebiji. Kata tauke tu telur tu masih baru lagi. Tu yang aku berkobar-kobar nak beli tu.

Bahan-bahan

4 biji telur itik
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
20 biji cili api
2 cawan santan
2 keping asam keping
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - carik
Garam secukupnya

Tumbuk bawang merah, bawang putih,halia dan cili api  serta kunyit hidup sampai lumat. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama santan, asam keping, serai dan daun kunyit. Perlahankan api dapur. Renehkan hingga mendidih. Seterusnya pecahkan telur sebiji demi sebiji. Tutup periuk dengan tudung periuk. Kacau perlahan-lahan supaya telur tak pecah dan tidak berkerak di dasar periuk. Bila telur dah masak masukkan garam...siap.

Monday, 26 October 2015

Kari ayam




Kari ayam atau orang Penang panggil gulai ayam adalah antara masakan feveret aku. Kalau masak cenggini aku suka makan dengan nasi putih ada kerabu timun nanas. Hat tu menu masa mak aku masih ada la.

Sekarang bila mak dah takda...bila masak gulai ayam ni. Kadang-kadang  jer aku makan dengan nasi. Selebihnya tu aku makan dengan roti jala, roti arab,roti pita mahupun tortilla.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
1 bungkus rempah kari daging
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
Rempah 4 sekawan
2 biji kentang - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
1 helai daun pandan - simpulkan
2 tangkai daun kari
2 sudu besar kerisek
1 cawan santan
Sedikit hirisan daun bawang
Air secukupnya
Garam,minyak

Mula-mula perapkan ayam dengan rempah, kerisek dan sedikit air. Ketepikan.

Panaskan minyak masukkan rempah tumis. Kacau sekejap. Masukkan bahan-bahan dihirs. Gorengkan hingga bahan tadi kekuningan. Seterusnya masukkan perapan ayam, kentang, daun kari dan daun pandan. Masak hingga ayam empuk. Barulah dimasukkan santan dan garam. Renihkan sekejap hingga kuah mulai pekat. Barulah dimasukkan tomato dan daun bawang.


Thursday, 15 October 2015

Brocoli carrot goreng ditaburi ikan masin



Mood malas dah datang. Hari ni masak simple jer...aku buat goreng brocoli campur dengan carrot. Tumisla dulu bawang putih  dan cili padi sampai naik bau.pastu bubuh la sikit air dan sos tiram.Dah mendidih baru la masukkan carrot dan brocoli. Gaulkan.

Sayur ni aku makan dengan ikan tamban kering kecil. Aku goreng dengan sikit minyak guna non stik pan sampai garing. Pastu nak kurangkan penggunaan pinggan aku letak ikan ni atas sayur tadi tu. 

Kan dah kurang sebiji pinggan untuk dibasuh...jimat air dan sabun.

Wednesday, 14 October 2015

Cendawan goreng campur



Aku pi pasar malam...terjumpa satumpqk cik yang jual cendawan. 1 bungkus plastik besar harganya RM 3.00 saja. Cendawan yang akj belk ni cendawan tiram. Dua jenis warna. Satu warna coklat dan satu lagi warna putih.


Balik rumah aku masukkan cendawan tadi dalam mangkuk besar... terfikir aku nak masak apa dengan cendawan yang banyak akan sangat ni. Boleh masak untuk 3 atai 4 hari pulak tu..jadi hari-hari boleh makan cendawan la aku...


Masa kat pasar malam tu selain aku beli cendawan aku juga beli carrot dan putik jagung. Kononnya nak masak sup cendawan la. Last-last aku goreng bubuh kunyit dengan carrot dan putik jagung tu. Peralihan resepi tersebut berlaku disebabkan aku malas nak google cari kat internet...data telefon aku habis. Nak buka laptop pun malas....haihhh...sabar jela.


Bahan-bahan

1 mangkuk cendawan - carik-carik
1 bungkus putik jagung - hiris
1/2 batang carrot - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit air dan minyak

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan carrot dan air. Biar sampai carrot empuk. Kemudiam masukkan putik jagung dan gaul rata. Seterusnya masukkan cendawan, sos tiram dan serbuk kunyit. Kacau hingga cendawan masak. Bolehlah diangkat.

Monday, 12 October 2015

Spagetti goreng





Jadi orang Italiano hari ni...makan spagetti. Tapi spagetti versi melayu la....

 Bahan

 1 mangkuk kecil spagetti - rebus dan toskan
1 labu bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih - cincang
1 /2 biji tomato - dadu
3 biji cili padi - hiris
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Brocoli secukupnya
Carrot secukupnya
Cendawan butang secukupnya
Sedikit fish ball
Sedikit scallop
Lada hitam
Oregano

Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu kemudian masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi. Lepas tu masukkan tomato,carrot, brocoli, cendawan butang,cili padi, sos cili, sos tomato dan air. Kacau hingga mendidih dan kuah pekat. Kemudian barulah masukkan  fish ball, scallop dan spagetti .gaulkan sampai rata. Barulah masukkan oregano dan lada hitam. Tapi aku tak bubuh pun oregano dan lada hitam sebabnya aku tak jumpa mana la aku letak. Kalau ada baru la sedap.

Sunday, 11 October 2015

Pokok padi

Dari mana datangnya nasi...?

Nasi datangnya dari beras...

Dari mana datangnya beras?

Dah tentu datangnya dari padi...

Padi ditanam di mana?

Di Semenanjung dah tentulah di sawah



Begitulah asal usul nasi yang kita makan sebagai makanan ruji. Setahu aku beras di Malaysia di tanam di sawah dan satu lagi ditanam di kawasan bukit. Beras tu dipanggil padi huma.

Hari ni tercipta satu sejarah dalam hidup aku bila mana aku terjumpa pokok-pokok padi di tepi jalan lebih kurang 2 km kawasan taburannya.

Pokok-pokok padi ni ada yang baru tumbuh dan ada sebahagian lagi yang dah mula ada padi. Tak sangka betul Allah nak temukan aku dengan sesuatu yang begitu menakjubkan.

Untuk pengetahuan pokok-pokok padi ni tumbuh dengan begitu subur dan disebabkan ianya berada bersama lalang-lalang di tepi jalan...membuatkan orang yang lalu lalang di situ tak perasan.

Sama la dengan aku. Selama melalui jalan itu tak pernah sekali pandang. Namun takdir Allah menentukan segalanya...Alhamdulillah. Semua itu bukti kuasa Allah.

Benih padi ni mungkin terbang dari lori akibat ditiup angin. Dan bertaburan di tepi jalan. Bila hujan turun benih-benih tu tumbuh dan tidak diganggu oleh manusia.

In sha Allah aku akan ke situ lagi untuk melihat pokok-pokok padi tadi sudah matang. Moga Allah mengizinkan...amin.























Friday, 9 October 2015

Kembang sempena Hari Sukan Negara

Ros ku kembang di malam hari khamis malam Jumaat. Ros bloom sempena menyambut hari sukan negara.

Ros aku ni aku dah pelik...pelik sebab warnanya sering berubah. Kadang-kadang nampak macam warna peach kadang tu nampak macam color pink pulak....pening aku...

Apapun warnanya ia tetap mengancam dihatiku ini. Kali ni kuntum ros aku ni naik tak banyak. Mungkin pengaruh daripada keadaan jerebu dan kurang mendapat cahaya matahari.















Masak lemak pucuk labu



Aku tak pernah makan sayur pucuk labu ni...buahnya biasa la aku makan. Dah lama aku cari sayur ni...cuma bila dijual di pasar Sabtu tanpa label aku tak kenal sayur ni. Pucuk labu yang aku masak ni aku beli di pasar raya Rapid. Secekak harganya RM 1.00.

Teruja punya pasal sebab dah jumpa dengan sayur idaman. Akhirnya aku masak untuk juadah malam ni. Dalam hati masa dapat sayur ni...nak masak lemak putih bubuh ikan bilis dan dimakan bersama ikan pekasam...

Bahan-bahan

1 ikat sayur pucuk labu - potong, celur dan toskan
1 ulas bawang besar - hiris
6 biji cili api - hiris
1 mangkuk  santan pekat
2 sudu besar ikan bilis
Garam secukupnya

Dalam periuk masukkan bawang, cili api, santan dan ikan bilis. Dengan menggunakan api perlahan renehkan bahan-bahan tadi sampai mendidih. Kemudian masukkan sayur pucuk labu dan garam. Biar sehingga kuah mendidih lagi. Barulah ditutup api.

Thursday, 8 October 2015

Sardin masak asam



Masakan paling legend...masak ikan sardin. Aku suka dengan masakan ni ditambah lagi dengan adanya telur dadar....

Sardin sekarang dah mahal tak sama seperti masa zaman aku kecik-kecik. Aku suka mak aku masak. Sardin tu akan digoreng terlebih dahulu.

Part paling tak best bila menggoreng ialah ikan tu akan meletup. Minyak pulak akan merata terpercik. Dari atas dapur sampai la ke lantai. Walaupun penuh azab nak masak namun hasil akhir memang sedap.

 Yang aku cakap tu versi mak aku. Versi aku pulak tak payah nak goreng -goreng ikan sardin tu. Jadi takdala kesukaran semasa di dapur.

Bahan-bahan

1 tin ikan sardin
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah  atau
6 biji cili padi - ketuk
 1 biji tomato - belah 6
1 inci halia - ketuk
Sikit air asam jawa
Sikit minyak

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan cili hingga bawang layu kemudian masukkan ikan sardin dan sosnya serta air asam jawa dan halia. Renehkan hingga kuah pekat baru la dimasukkan tomato. Kacau rata dan boleh la diangkat

Tuesday, 6 October 2015

Jerebu Oktober 2015

Teruknya jerebu sejak dari hari Ahad...dengan udara yang berbau asap penuh debu-debu kecil yang terampai di udara. Suasana sebegini menyesakkan nafas sekaligus mengaburkan pandangan.

Sekarang ni hujan...aku harap agar titisan air hujan tu dapat membersihkan kembali alam ni dari segala kekotoran..

Sesunguhnya hamba ini terlalu ingin melihat kembali langit nan biru, awan nan cerah dan sang mentari. Sudah terlalu rindu pada ciptaanMu ya Allah....

Dalam keadaan sebegini eloklah kita memakai topeng muka. Untuk menjaga paru-paru kita ni. Untuk mata pulak rajin-rajin la titis Eye Mo kat mata...selain tu elakkan juga berada lama di luar sekiranya tiada urusan penting.

Panas membahang akibat jerebu ni seelok-eloknya kena la minum air banyak -banyak. Tapi awas jangan pulak pi minum teh tarik ke, neslo ke kan....yang aku maksudkan tu air masak atau air mineral yoooo....

Aku ada terbaca kat fb katanya air kelapa dan air limau nipis juga baik diminum masa jerebu ni...




Friday, 2 October 2015

Spagetti Tuna Mamma Rosa



Craving spagetti...dah lama tak makan spagetti. Selalu beli spiral dengan macaroni jer...bukan apa sebab nak jimat gas masa tu. Orang gas bukannya nak angkat tong gas naik sampai rumah aku.

Ni pun sebab aku beli induction cooker...dapat la masak menu yang ambil masa panjang untuk masak. Dah sebulan dah aku beli dapur ni...masa gas habis hari tu memang pening la dok fikir jenuh nak angkat naik atas. Dah la rumah aku tingkat 3....lif pun takdak....

Masak guna gas atau induction cooker....bagi aku ada beza. Induction cooker beza dari segi masa untuk masak, kecepatan pemanasan periuk dan kuali dan dan tak panas di dapur. Walau pun dapurnya mahal, periuk dan kuali pun mahal tapi berbaloi la sebab aku dah tak payah lagi nak usung tong gas.

Masak-masak hari ni..aku masak spagetti tuna mamma Rosa. Diilhamkan dari resepi pelakon dan penyanyi Shasha Saidin... akak ipar Che Ta. Aku amik dari Majalah Rasa.

Dah banyak kali aku masak resepi ni...kira kena la dengan tekak aku. Yang paling penting ada ciri-ciri pedas cili api...Orang Itali makan mau menangis ni....

Bahan-bahan.

1 peket spagetti - rebus sampai masak
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji bawang besar Holland - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincangkan
8 biji tomato  merah- rebus,buang kulit dan potong dadu
4 biji cili api - hiris
1 tin kecil tuna - buang air atau minyaknya
1/2  sudu teh herba Itali - aku guna oregano
50 g cendawan butang dalm tin - hiris
Sikit minyak zaitun
Sikit garam
Sikit parmesan cheese - aku tak bubuh


Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang Holland seketika. Kemudian masukkan bawang putih. Sautekan. Lepas tu masukkan cendawan dan cili padi serta herba Itali . Kacau seketika. Baru la dimasukkan tuna dan tomato. Biarkan sampai tomato dan tuna masak . Kemudian masukkan garam dan spagetti .Kacau rata. Siap. Bila dah bubuh spagetti ni dalam pinggan baru ditabur parmesan cheese.

Thursday, 1 October 2015

Popia goreng



Krup krap bunyinya bila dimakan setelah selesai menggoreng.
Popia ni bukan popia biasa aku guna crap stik dan aku letak tauge yang dicelur dan carrot yang dipotong mancis. Nak bagi pedas tu aku buh cili merah hiris mancis jugak. Lepas tu balut la ngan kulit popia.. dah siap menggulung boleh la digoreng. Nak makan cicah la dengan sos cili...tak mau cicah sos pun sedap

Wednesday, 30 September 2015

Masak lemak udang berkacang buncis



Hari ni masih lagi berjerebu....dalam suasana yang panas. Matahari pun tak nampak. Bukan tu jer awan pun dah tak nampak. Sesunguhnya aku dah mula rindu pada sang mentari dan awan serta langit nan biru. Mudah-mudahan keadaan berjerebu ni akan hilang tak lama lagi amin.

Pabila berjerebu ni banyak la penyakit-penyakit datang. So jangan lupa pakai penutup hidung dan juga minum air masak banyak-banyak. Selain tu kena la kurangkan aktiviti luar.

Walau suasana diluar rumah masih berjerebu tapi kegiatan masak-masak di dapur tetap diteruskan....hehe. hari ni aku masak masak lemak udang. Kacang buncis pun ada jadi aku masukkan jer. Jadi tak payah lagi nak masak sayur. Kiranya masak ni 2 in 1 la...hahaha...mood malas menjelma.

Masak lemak udang ni aku letak banyak cili padi. Pedas-pedas baru terangkat.  Makan pulak dengan nasi yang masih masih berasap dan ikan masin goreng...memang tak terkata nikmat hidup....

Bahan-bahan

1 mangkuk kecil udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji cili api
1/2 mangkuk kecil kacang buncis - kerat 1 inci
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam

Mula-mula tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumbuk kasar. Lepas tu masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan. Bila santan dah mula mendidih masukkan kacang buncis udang dan garam.biar mendidih lagi dan angkat.

Tuesday, 29 September 2015

Spiral Aglio Olio



Simple lagi masak-masak hari ni...aku masak Aglio Olio jer....
Bahan nak masak pun tak banyak. Aku guna bahan yang dan sedia ada di rumah.

Pasta ni nampak raw sangat jadi aku pan grill kan scallop.. scallop ni aku tak letak garam ataupun black pepper. Bagi aku scallop tu dah cukup rasanya dah ada masin-masin dan manis-manis makanan laut.


Bahan-bahan

2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi flakes
Sedikit garam
Sedikit black pepper
Sikit minyak zaitun
Pasta secukupnya

Rebuskan pasta dengan sedikit minyak dan garam hingga pasta tu al dente atau masak. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan cili padi flakes. Seterusnya masukkan pasta, garam dan black pepper.

Monday, 28 September 2015

Mee sup



Menu sihat hari ni....walaupun bukan berdiet. Saja nak kurangkan makan benda-benda yang berlemak. Lagipun masa raya hari tu..hari- hari aku belasah ketupat daun palas. Makan pulak dengan rendang ayam la....kari kambing la....masak merah ayam la....semua tu kategori menternak lemak hokey...

Jadi untuk menu hari ni aku masak sesuatu yang simple dan pasti sedap. Mee sup all time feveret. Kemanisan daging tu jelas terasa dalam kuah sup yang alahai simple sangat.

Meh terjah bahan-bahan untuk masak

1 genggam kecil mee - dicelur
2 tangkai sawi - potong 1 inci
1/4 batang carrot - hiris
2 helai kobis - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 tangkai cili padi - hiris
1 jemput daging - hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
sikit minyak
Air secukupnya / stok daging

Mula-mula tu panaskan minyak dan tumiskan bawang putih saai la wangi. Lepas tu masukkan air secukupnya, cili padi dan daging. Biar sampai daging tu empuk. Bila dah empuk daging tu boleh la masukkan sayur-sayur dan sos tiram. Biar sampai mendidih. Angkat dan tuangkan kuah sup tadi dalam mangkuk berisi mee yang telah siap dicelur...

Sunday, 27 September 2015

Kucai tumis air

Aku dah balik semula ke Perak setelah seminggu bercuti di Penang.

Sampai saja di rumah seperti biasa aku akan terjah ke balcony garden dulu. Tengok pokok-pokok yang aku tinggalkan. Semua pokok-pokok aku masih ok kecuali sepasu ros kampung aku yang telah mati. Sedihnya.

Hari tu masa aku ke pekan Sabtu aku ada cari ros kampung kot-kot ada sebab masa tu aku dah nampak tanda- tanda pokok ros tu nak mati. Tapi takda la pulak. Sekarang tinggal hanya sepasu je pokok ros kampung aku.

Kucai pulak....satu aku tanam dalam bekas botol mineral self watering dan satu lagi pokok kucai aku tanam dalam bekas plastik. Sebelum balik hari tu aku dah cucuk botol mineral berlubang kat tanah. Kali ni kucai tu berjaya sedut air dari botol tu.

Aku tengok kucai dalam botol mineral dah merimbun daunnya. Jadi aku pun potonglah daunnya untuk dijadikan juadah hari ni.
Cadangnya nak masak tumis air bubuh udang jer. Makan pulak dengan ikan goreng atau ikan masin memang terangkat. Ditambah pulak dengan cuaca yang mendung berjerebu ni...



Ni la kucai berdaun kecil yang aku tuai dari balcony garden. Dapatlah secekak untuk masak.




Bahan-bahan

1 cekak kucai - potong 1 inci
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah
Air secukupnya
Sedikit udang
Sedikit garam dan minyak

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih serta cili merah hingga wangi. Kemudian masukkan udang, garam dan air secukupnya. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan kucai dan biarkan hingga kucai sedikit layu dan mendidih. Siap

Saturday, 26 September 2015

Sambal lala berserai

Siput lala..jarang-jarang aku jumpa kat market atau kedai. Kali ni mungkin dikatakan rezeki.




Masa beli tu aku dah terfikir untuk masak sambal yang ada bau serai...membuka selera betui la...




Bahan-bahan

1 mangkuk siput lala
10 tangkai cili kering
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Sikit bawang besar
Sikit daun bawang dan daun sup
Minyak secukupnya

Blendkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan serai hingga halus. Kemudian panaskan kuali tumiskan bahan-bahan yang telah diblend hingga pecah minyak dan wangi. Seterusnya masukkan siput lala dan sos tiram. Masak hingga cengkerang lala terbuka. Taburkan bawang besar, daun bawang dan daun sup. Gaulkan dan angkat.


Thursday, 24 September 2015

Ketupat daun palas

Raya tahun ni special sikit sebab kami sekeluarga cuba untuk buat ketupat.

Masa raya Aidilfitri yang lalu..kejadian ketupat daun palas ni tak berapa memuaskan. Kami cuba lagi buat untuk juadah dipagi raya Aidiladha...kali ni lebih baik dari sebelumnya.

Namun belum lagi mencapai tahap pro lagi...tiba-tiba terasa rindu dengan ketupat daun palas mak aku...hikhik.



Dalam periuk ni ada jugak ketupat jantan dan ketupat betina. Yang jantan tu akj yang balut. Cara balutan ketupat jantan ni aku belajar kat sekolah. Masa tu kami balut ketupat untuk jamuan Rimup Raya.




Paling penting aku dah berjaya membalut ketupat dengan balutan jantan. 





Monday, 14 September 2015

Kerabu paku rawan bertauge



Pagi semalam aku telah ke Pasar Tani. Bila pusing -pusing kat situ aku terpandang gerai yang menjual sayur-sayur kampung. Aku telah beli 2 ikat pucuk paku rawan...atao orang Penang panggil bunga keloyak. Selain tu aku juga beli seikat pucuk ubi kayu dan juga kerisek.

Hari ni aku masak paku rawan dulu. Esok baru nak masak pucuk ubi pulak. Kat bawah ni la paku rawan.







Kerabu paku rawan ni aku pernah buat dulu. Kali ni aku try guna cili merah, cili padi dan juga guna ikan bilis goreng bagi menggantikan udang. Sengaja bubuh ikan bilis untuk rasa kerangupan bila makan dan juga untuk kelainan.

Kerabu merupakan feberet aku. Aku suka makan macam tu aja. Tak makan dengan nasi pun takpa.




Bahan-bahan

2 ikat paku rawan - ambil bunganya,cuci dan celur
1 mangkuk kecil tauge - buang akar, cuci dan celur
2 biji cili merah
6 biji cili padi
1 biji kecil bawang besar - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
2 sidu besar beras - cuci dan sangai hingga garing n tumbuk
2 biji jus limau kasturi
1 sudu besar kerisek
Sikit ikan bilis goreng
Sikit garam
Sikit belacan

Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga jadi sambal belacan. Dalam mangkuk gaulkan semua bahan dengan sambal belacan, kerisek, jus limau kasturi serta garam hingga rata. Kemudian perap seketika supaya semua bahan kerabu tadi mesra. Masa nak makan tu baru tabur ikan bilis goreng. Kalau letak awal nanti dah tak rangup ikan bilis tu. 

Sunday, 13 September 2015

Sup tulang





Lama tak makan sup tulang....sup tulang ni sedap kalau makan dengan nasi...pilihan utama aku. Cuma kalau nak kelainan baru aku makan dengan mee ditambah sambal kicap.

Tulang aku beli dalam 1/2 kilo ni berharga RM 10.00. Masa ke pekan Sabtu semalam aku beli siap-siap bahan yang nak masak. Antaranya ialah carrot, kentang, halia, daun bawang dan daun sup. Lepas tu aku cari pulak perencahnya tapi takda la pulak. Terpaksa aku singgah ke kedai sebwlum balik rumah. Aku beli perencah sup tulang Adabi, perencah sup Adabi dan juga lada hitam.

Resepi sup tulang ni aku dapat dari kawan aku yang bapa saudara dia peniaga sup kat pasar malam. Dapat resepi ni semasa kami ada jamuan di sekolah. Kawan aku buat sup tulang yang sangatlah sedap. So apa lagi ramai la yang bertapa resepi dari kawan aku tu...termasuklah aku....hahaha.

Bahan-bahan

1/2 kilo tulang daging - cuci bersih dan toskan
1 bungkus perencah sup tulang
1/2 bungkus perencah sup
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - belah 4
1 inci halia-ketuk
3 biji kentang - potong
1 batang carrot - potong
1 sudu besar lada hitam (biji)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sikit daun bawang dan daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya

Masukkan tulang daging, perencah sup tulang, perencah sup, serbuk kunyit dan air ke dalam periuk. Lepas tu rebus la sampai kuah mendidih. Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk serta halia.  Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan bawang besar  serta lada hitam dan rebuskan sehingga daging hampir lembut. Kemudian masukkan kentang dan carrot. Biarkan sampai bahan-bahan tadi dan daging empuk. Seterusnya masukkan garam secukupnya dan diakhiri dengan daun bawang dan daun sup yang ditabur. Masa nak makan tu boleh la tabur sikit lagi daun bawang dan daun sup serta bawang goreng. Makan sup ni panas-panas memang terangkat.

Saturday, 12 September 2015

Ketuka air asam tomato




Awal pagi tadi aku pi pekan hari. Dalam hati memang berhajat nak beli tulang untuk buat sup. Tulang aku beli dalam 1/2 kilo. Lepas tu jalan lagi meninjau apa yang ada. Ternampak ikan pari ketuka. Perghh....memang sedap bila bakar dan cicah pulak dengan air asam tomato.

Ikan pari ketuka ni lepas aku potong dan cuci bersih aku toskan sampai air kering. Lepas tu aku perapkan sekejap dengan garam, kunyit dan minyak. Aku perap dalam 15 minit. Lepas tu aku pan grill kat dapur sampai la masak.

Air asam pulak...mula tu aku nak buat air asam tomato kerisek.  Kalau letak kerisek air asam ni akan jadi lagi bertambah meletop...Tapi cari kerisek kat kedai takda la pulak. Jadi aku decide guna jela apa yang ada.




Air asam tomato

3 biji cili merah
8 biji cili padi
Sikit belacan bakar
2 ulas bawang merah
Sikit air asam jawa
Sikit bawang besar - hiris
Sikit tomato - hiris
3 biji limau kasturi
Sikit gula

Masukkan dalam blender air asam jawa, cili merah, cili padi, belacan, bawang merah dan sikit tomato. Blendkan. Ikut suka la nak blend halus ka atau nak blend kasar. Lepas tu gaulkan dengan bawang besar, lebihan tomato tadi, limau kasturi dan sikit gula. Kalau nak buh kerisek pun boleh. Bubuh dalam 2 sudu besar. Lepas tu gaulkan. Siap.

Friday, 11 September 2015

Ros lagi

Ros yang kembang dikala jerebu kian mengganas. Hayatilah keindahannya sementara masih bernyawa.


Thursday, 10 September 2015

Jeruk jambu asam boi





Mangga muda takda jual di kedai. Selalu aku jumpa yang dah masak... yang ada hanyalah jambu batu.

Jambu pun jambulah. Asalkan dapat makan dengan bahagianya dah kira bersyukur sangat.

Resepi yang mudah ker. Mula-mula tu cuci buah kasi bersih. Kemudian hiris la ikut suka korang. Lepas tu ambil la cili padi. Ikit suka nak bubuh banyak mana. Hiris la nipis cili padi tu. Cili padi lebih baik cari yang warna merah. Aku ni kes takda juga di kedai jadi aku belasah jela cili padi hijau ni. Lepas tu gaulkan la dengan asam boi. Buh jela banyak mana yang nak.

Dah siap bahan-bahan tadi. Gaulkan semua bahan tu dalam bekas. Kalau nak manis tambah la sikit gula. Aku tak bubuh pun.

Dah siap gaul tu simpan la dalam peti ais dalam 1/2 jam. Pastu dah boleh makan.



Rasanya pedas, masin dan manis buah.